WOMAN

   

 

 

Apa Itu Barah Payudara ?

 

VM @ GS Tamilan

 

 

          Setiap payudara mempunyai 6-9 bahagian bertindih yang dipanggil lobus. Setiap lobus terdiri daripada banyak lobul yang lebih kecil, yang berakhir dengan berdozen bebuli yang sangat kecil yang boleh mengeluarkan susu. Tiub tipis, yang dipanggil duktus, menghubungkan kesemua lobus, lobul dan bebuli. Duktus ini membawa ke puting yang terdapat di bahagian tengah kulit yang berwarna gelap yang dipanggil areola. Lemak mengisi ruang di sekeliling lobul dan duktus. Tiada otot di dalam payudara, namun terdapat otot di bawah setiap payudara dan meliputi tulang rusuk.

          Setiap payudara mengandungi saluran darah dan saluran yang membawa bendalir tak berwarna yang dipanggil limfa. Saluran limfa membawa ke struktur kecil berbentuk kekacang yang dipanggil nodus limfa. Kelompok nodus limfa didapati di dalam aksila (di bawah lengan), di atas tulang selangka dan di dalam dada. Nodus limfa juga terdapat di dalam banyak bahagian badan yang lain.

Apakah gejala - gejala barah payudara?

Barah payudara pada awalnya biasanya tidak menyebabkan kesakitan. Apabila barah payudara mula membentuk, mungkin tiada sebarang gejala. Dengan pertumbuhan barah, ianya mungkin menyebabkan:

 

1         Gumpalan atau penebalan pada payudara atau pada bahagian bawah lengan
2          Lelehan atau pendarahan dari puting
3             Perubahan dalam warna atau rasa kulit payudara, areola atau puting

            (tercawak,   berkedut atau berkuping )

4           Perubahan dalam saiz atau bentuk payudara 
5           Penyentapan baru-baru ini (penarikan ke dalam) puting

 

Jumpa dengan doktor sekiranya sebarang perubahan ini dikesan.

 

Launched on June 2004
Last Updated on 15 September 2004

Developed and Maintained by
©
Gunasegaran Kulanthy Velu

Hosted by www.Geocities.ws

1