|
|
Asuhan Ibu, Anak Lelaki Kukuhkan Ikatan Keluarga
VM @ GS Tamilan |
|
|
UMUMNYA,
anak lelaki dekat dengan bapa. Anak lelaki dikehendaki menunjukkan
ketangkasan dan sifat kelelakian sejak kecil. Ibu ditegah memanjakan anak
lelaki dengan ciuman dan pelukan, kerana khuatir anak akan berperwatakan
lembut.
Kata
pepatah ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia’ memang ada
benarnya. Asuhan ibu boleh menjadikan anak lelakinya seorang yang
berpengaruh dan disanjungi atau sebaliknya. Namun, ada juga yang beranggapan
fungsi ibu sekadar memberikan kasih sayang.
Tanggapan ini disangkal oleh ramai lelaki yang berjaya. Mereka sangat menghargai fungsi ibu yang bertanggungjawab mengasuh dan mendidik. Buku kanak-kanak William’s Doll oleh Charlotte Zolotow menceritakan bagaimana seorang budak lelaki belajar mengasuh apabila neneknya menghadiahkan anak patung. Ibu yang menjalin hubungan positif dengan anak lelaki membantu mereka membesar menjadi suami dan bapa yang baik. Dalam bukunya Real Boys: Rescueing Our Sons from the Myths of Boyhood, William Pollack mengingatkan bahawa cara membesarkan anak lelaki adalah berasaskan banyak kepercayaan karut seperti budak lelaki tidak boleh menangis atau mesti kuat seperti bapa mereka. Kepercayaan seperti ini boleh merosakkan si kecil. Seorang pakar bedah otak di Singapura begitu menghargai asuhan ibunya. Katanya, dia sentiasa teringatkan kata azimat ibunya setiap kali dia memulakan pembedahan. Ramai ibu bapa menyedari bahawa tingkah laku anak lelaki mereka lebih kasar berbanding anak perempuan. Kerana itu, ibu yang ingin membina hubungan positif dengan anak lelaki mereka memerlukan tenaga untuk mengawasi kegiatan mereka. Senaman dan pemakanan seimbang boleh membantu ibu mengekalkan tahap kecergasan. Mereka juga boleh mengambil segelas minuman pemberi tenaga berasaskan glukosa. Berikut adalah beberapa cara yang disarankan untuk mengukuhkan ikatan antara ibu dan anak lelaki dan seterusnya mengukuhkan hubungan keluarga:
Ibu bertanggungjawab membentuk peribadi dan perwatakan anak lelaki mereka menjadi insan yang diingini. Ibu juga boleh secara positif untuk mendekatkan anak lelaki dengan bapa mereka, kerana ibu yang menyediakan peluang untuk bapa dan anak lelaki memahami satu sama lain dan merancang kegiatan yang menyeronokkan bersama. Hakikatnya, ibu boleh mengasuh anak lelaki supaya bersifat prihatin dan bertolak ansur apabila dewasa. Mengasuh dan membesarkan anak lelaki memang sukar tetapi kejayaan membentuk keperibadian dan perwatakan yang sempurna adalah satu ganjaran yang sangat besar ertinya. Kuasa mengasuh anak lelaki menjadi lelaki yang perkasa tetapi penyayang terletak di tangan ibu.
|
Launched on June 2004
Last Updated on
15 September 2004
Developed and Maintained by
©
Gunasegaran Kulanthy Velu