|
|
Bahaya Merokok
GUNASEGARAN @ GSTAMILAN |
|
|
PENGENALAN |
||||||||||||||||||||||||
|
Tembakau mungkin merupakan satu bahan yang paling merbahaya yang biasa digunakan oleh manusia. Ia boleh dikaitkan dengan kematian.
Banyak berita memaparkan tentang pelbagai penyakit akibat tabiat merokok. Antaranya, batuk kering, kanser paru-paru, kanser mulut dan sebagainya. Merokok juga boleh menimbulkan perasaan takut, gementar, risau, bimbang, resah, melemahkan akal, mengurangkan nafsu makan, menguningkan wajah dan gigi, menyempitkan pernafasan, menjadikan manusia malas dan lemah, dan sebagainya.
Mengapa manusia masih merokok, walaupun mereka tahu ia merbahaya? Jawapannya ialah KETAGIHAN. Nikotin adalah sejenis dadah di dalam semua produk tembakau yang memberi ketagihan kepada penggunanya. Kesannya sekuat dadah yang haram seperti heroin atau kokain. Ia menyerang sedikit-sedikit dan meletakkan penggunanya di ambang maut!
Rokok membunuh ramai penghisapnya - beribu manusia setiap tahun. Sekiranya anda merokok, dapatkanlah bantuan untuk berhenti. Proses menghentikannya memanglah susah, tetapi itulah satu-satunya cara untuk menyelamatkan kesihatan anda. Sekiranya anda bebas daripada tembakau, jangan cuba mengubahnya!
|
||||||||||||||||||||||||
|
TAHUKAH ANDA KESAN MEROKOK... |
||||||||||||||||||||||||
|
...kepada kanak-kanak |
||||||||||||||||||||||||
|
Kanak-kanak kecil yang dipegang oleh seorang yang merokok akan menyedut bahan-bahan kimia yang menyebabkan barah lebih banyak daripada perokok itu sendiri.
Kanak-kanak yang ibubapanya merokok, lebih kerap batuk dan lelah, lebih ramai mempunyai jangkitan telinga, lebih kerap pergi hospital kerana bronkitis dan pneumonia, dan mempunyai paru-paru yang kurang berfungsi.Kanak-kanak asma lebih kerap mendapat serangan asma yang teruk sekiranya ibubapa merokok.
Terdapat satu kaitan yang mungkin di antara ibu-ibu yang merokok dengan SIDS (sindrom kematian bayi secara tiba-tiba).
|
||||||||||||||||||||||||
|
...kepada bayi yang belum lahir |
||||||||||||||||||||||||
|
Nikotin
melajukan kadar jantung janin, dan juga menyebabkan paru-paru dan saluran
udaranya lambat mengembang.
|
||||||||||||||||||||||||
|
...kepada perokok |
||||||||||||||||||||||||
|
Asap tembakau membunuh ramai manusia - lebih ramai daripada yang mati kerana AIDS, kemalangan jalanraya, membunuh diri, pembunuhan, kebakaran, keracunan dan lain-lain. Merokok boleh mempercepatkan proses penuaan bagi wanita dan menyebabkan impoten bagi lelaki.
Barah paru-paru membunuh lebih ramai wanita daripada barah payu dara.Merokok akan mendatangkan lebih batuk, selesema dan penyakit-penyakit yang ringan. 8 daripada 10 orang yang cuba merokok menjadi ketagih kepada rokok.Perokok-perokok pertengahan umur mungkin sama kedutnya dengan bukan perokok 15 - 20 tahun lebih tua daripadanya.
|
||||||||||||||||||||||||
|
...kepada orang yang berdekatan |
||||||||||||||||||||||||
|
Nikotin boleh dijumpai di dalam saluran darah bukan perokok 2 - 40 jam selepas terdedah kepada asap rokok orang lain.
|
||||||||||||||||||||||||
|
...kepada persekitaran |
||||||||||||||||||||||||
|
Satu batang pokok hanya membuat 300 pembungkus rokok.Pengilang-pengilang rokok menggunakan sehingga 4 batu kertas setiap jam.
|
||||||||||||||||||||||||
|
...kepada kewangan |
||||||||||||||||||||||||
|
Sebagai contoh, seseorang yang mula merokok pada umur 13 tahun dan merokok 1 kotak sehari. Apabila umurnya mencecah 30 tahun, dia telah membelanjakan lebih kurang RM21,000 ke atas rokok pada harga sekarang ... cukup untuk membayar deposit rumah!.
Apabila sampai masa orang yang sama untuk bersara, merokok telah menyebabkan tambahan kos sebanyak lebih kurang RM63,000 lagi ---perbelanjaan perubatan!
|
||||||||||||||||||||||||
|
KETAGIHAN MEROKOK |
||||||||||||||||||||||||
|
Dalam kebanyakan kes, ketagihan merupakan penyebab mengapa terlalu susah untuk berhenti daripada merokok. Dengan merokok anda memperkenalkan bahan-bahan asing kepada badan seperti nikotin. Nikotinlah sebenarnya yang menyebabkan ketagihan kepada rokok. Bukan rokok yang menghasilkan ketagihan tersebut tetapi bergantungnya badan terhadap nikotin yang terdapat di dalam rokok. Walaupun nikotin adalah salah satu daripada beribu bahan-bahan di dalam asap rokok, tetapi ia adalah satu-satunya yang akan terus membuat anda kembali untuk mendapatkan satu lagi rokok. Merokok boleh menjadi satu tabiat yang susah dihentikan.
Nikotin
Nikotin adalah dadah yang mempengaruhi otak dan sistem saraf. Ia merupakan dadah terbentuk semula jadi yang terdapat dalam daun tembakau. Nikotin tidak pernah dijumpai di mana-mana bahan atau pokok-pokok yang lain. Nikotin pada dos yang rendah boleh merangsang sel-sel saraf, menimbulkan rasa kewaspadaan atau ketenangan. Pada dos yang tinggi, nikotin telah digunakan di dalam beberapa racun serangga.
|
||||||||||||||||||||||||
|
Kesan-kesan |
||||||||||||||||||||||||
|
Nikotin adalah dadah yang kuat. Ia boleh mempengaruhi otak dan sistem saraf. Apabila asap daripada rokok disedut, ia akan terus masuk ke paru-paru. Dari sana semua bahan-bahan berpotensi merbahaya masuk ke dalam saluran darah badan. Lebih kurang 7 saat, satu perempat daripada nikotin dibawa terus ke otak. Tiga perempat daripadanya pergi ke tempat-tempat lain.
"Buzz" (dengung?) yang boleh diperolehi daripada merokok adalah sebenarnya nikotin yang sedang bekerja. Apabila nikotin telah memasuki otak melalui saluran darah, saraf penerima otak yang kecil menimbulkan satu kesan dalam memberi respon kepada nikotin. Kesan ini yang menghasilkan kenikmatan merokok. Antara kesan-kesannya ialah perasaan kewaspadaan, kebolehan untuk menumpukan perhatian, pencapaian dan "mood". Nikotin menyebabkan peningkatan degupan jantung dan kadar pernafasan. Satu ciri nikotin yang menghairankan ialah ia boleh berfungsi sebagai satu rangsangan atau satu sedatif.
|
||||||||||||||||||||||||
|
Lebih ketagihan |
||||||||||||||||||||||||
|
Penyelidikan-penyelidikan menunjukkan nikotin dalam produk tembakaulah yang menyebabkan peningkatan yang tinggi dalam tabiat merokok. Perokok-perokok menjadi lali atau membina toleransi terhadap dadah dan bergantung pada nikotin yang lebih banyak untuk memenuhi permintaan badannya terhadap dadah. Disebabkan toleransi ini, pengguna tembakau mesti menambahkan penggunaan tembakau untuk mengalahkan atau melangkau toleransi ini.
|
Launched on 1st Jun 2004 -
Developed and Maintained
by
© Gunasegaran Kulanthy Velu ,Seremban, N.Sembilan.