|
|
Telefon Bimbit Ancaman Sperma
GUNASEGARAN @ GSTAMILAN |
|
|
Kajian terbaru yang dibuat mengenai telefon bimbit mendakwa ia mungkin mengurangkan tahap kesuburan lelaki sehingga 30 peratus akibat radiasi yang dilepaskan alat komunikasi itu.
Menurut akhbar The Sunday Times, lelaki yang meletakkan telefon bimbit
Malah banyak di antara sperma yang terselamat dari pendedahan kepada radiasi telefon bimbit mengalami kerosakan dan mengurangkan kesuburan.
Bagaimanapun, ketika kajian menunjukkan kesan itu, saintis pula berkata penyelidikan berterusan perlu dibuat untuk mengesahkan perkara itu dan mencari punca sebenar bagaimana perkara itu berlaku.
Kertas kerja oleh Dr Imre Fejes dari Jabatan Sakit Puan di Universiti Szeged di Hungary akan dibentangkan pada persidangan di Berlin.
Dr Fejes menulis: “ Penggunaan telefon bimbit yang berpanjangan mungkin memberi kesan negatif kepada pengeluaran sperma dan kesuburan lelaki.”
Komen : Bagaimana pula kita hendak meletakkan telefon bimbit tanpa menggantungkan di pinggang ataupun meletakkannya di dalam seluar ? Mungkin ada tempat lain yang sesuaiker ? Mungkin kita boleh menggantungkannya di leher... Tapi bagaimana pula jika kita terkena barah payudara ? Manusia mencipta pelbagai kemudahan untuk menyenangkan manusia, tetapi akhirnya ia membawa masalah kepada manusia juga! GSTamilan
|
Launched on June 2004
Last Updated on
15 September 2004
Developed and Maintained by
©
Gunasegaran Kulanthy Velu