HINDU RILIGION

   

Agama Hindu dan Unsur Simboliknya

 

K.Gunasegaran @ GS Tamilan

 

Hinduism adalah satu cara hidup . Cara ini mencakupi beberapa falsafah universal ketuhanan . Falsafah – falsafah inilah yang membuat Hinduism terus hidup dan kekal meskipun banyak sekali rintangan yang di hadapinya dari semasa ke semasa.

 

Cara hidup ini wujud begitu sahaja dan terbentuk setelah menghadapi ujian – ujian zaman dan setiap orang suci telah menyumbangkan analisa mereka terhadap falsafah – falsafah universal itu . Tidak ada seorang pun yang boleh dianggap membentuk agama Hindu. Ramailah sufi dan juga wali dan banyak pula analisa yang telah di buat , tetapi mereka tidak pernah menyimpang daripada kebenaran iaitu falsafah ketuhanan universal . Maka dapatlah disimpulkan bahawa, agama Hindu berdiri di atas falsafah dan bukan di atas seorang wali . Oleh sebab itulah agama Hindu tidak mempunyai seorang  Pesuruh Tuhan.

 

Falsafah adalah abstrak , ianya perlu di hurai dan huraian itu haruslah di kekalkan supaya di tinjau dan dipertimbangkan oleh generasi terkemudian . Untuk tujuan tersebut maka falsafah yang terbentuk abstrak itu diperuntukkan dalam bentuk konkrit melalui bangunan – bangunan kuil , berhala dan upacara ritual . Kesemuanya ini mewakili konsep – konsep abstrak itu , iaitu falsafah – falsafah agama Hindu . Selain daripada tujuan ini , bentuk konkrit ini memudahkan beribadat dan mengamalkan cara hidup Hindu .

 

Kesemua kitab Hindu cuba menghuraikan sifat – sifat keuniversalan falsafah iaitu kebenaran dan tuhan . Kitab ini mengandungi tiga aspek penting iaitu falsafah atau kebenaran agama , upacara ritual dan purana atau cerita – cerita simbolik . Ketiga – tiga aspek atau peringkat umat Hindu yang berbeza dari segi kematangan rohani . kedua- dua agama dan purana menjadi saluran membawa dan mengekal falsafah atau kebenaran mengenai tuhan.

 

Bagi seorang pemerhati biasa agama (ritual) dan purana inilah menjadi tatapan  penting lantas dibuat kesimpulan bahawa agama Hindu adalah beberapa upacara ritual dan cerita – cerita mitos semata – mata . Sedangkan perkara – perkara yang menjadi inti yang harus diteroka dan dikaji tidak disentuh sama sekali .

 

Memang luas sekali telah di huraikan bahawa agama Hindu mendukung konsep politeisme iaitu banyak tuhan . tetapi huraian seperti ini adalah tidak tepat dan adalah amat cetek pemikaran mereka yang berkata sedemikan .  Agama Hindu memang menekankan dan menegaskan konsep monoteisme  , iaitu Tuhan adalah   satu. Berhala – berhala yang beraneka rupa adalah beberapa interprestasi yang diberikan kepada tuhan yang satu itu . Hampir semua wali - wali telah menyedari hakikat ini   sejak  awal –   awal lagi . Banyak bukti – bukti yang kuat terdapat dalam kitab – kitab suci agama Hindu yang menyatakan wujudnya konsep monoteisme di kalangan orang – orang Hindu sejak berabad – abad dahulu lagi . Contohnya :-

 

Tidak ada satu nama ,

Tidak ada satu rupa ,

Tidak ada apa sahaja ,

Kepadanya kami yang memberikn seribu nama.

Manikavasagar

Tiruthellonan 1

 

            Bagi seorang manusia biasa memahami agama Hindu adalah menjadi sukar kerana semua falsafah itu di tulis dan di ukir dalam bentuk yang amat simbolik . Itulah sebabnya seringakli berlaku perbuatan salah tafsir . namun kebenaran itu tetap akan  kekal . Apa yang benar iatulah Tuhan . Agama Hindu bertunjangkan kepada kebenaran itu . Selagi ada kebenaran , agama Hindu tidak akan luput dan kita sebagai umat Hindu hendaklah memelihara , menghormati dan berpegang teguh kepada agama kita agar ianya akan kekal di dalam dunia ini dan bukan menjadi satu bahan gurauan dan sindiran sesetengah orang . Kita harus sedar bahawa , kitalah yang mengukuhkan agama Hindu dan sikap kita juga yang membuatkan agama Hindu itu tidak kukuh dan menjadi bahan gurauan sesetengah pihak .

 

 

 

Launched on 1st Jun 2004  - Developed and Maintained by
© Gunasegaran Kulanthy Velu ,Seremban, N.Sembilan.

Hosted by www.Geocities.ws

1