PERATURAN KESELAMATAN AM

Back to GSL Safety page

 

  1. Segala kecederaan atau kemalangan, kejadian nyaris dan penyakit mestilah dilaporkan kepada pihak pengurusan dengan segera.
  2. Jangan sesekali menolak sebarang bantuan pertolongan cemas biarpun bagi kecederaan ringan.
  3. Jangan bergurau senda semasa bekerja.
  4. Merokok hanya dibenarkan di dalam bilik salinan, pejabat, kantin dan kawasan-kawasan yang dibenarkan.
  5. Kasut keselamatan yang dibekalkan mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.
  6. Pakaian seragam mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.
  7. Pelindung mata mestilah dipakai setiap masa di kawasan yang di tentukan.
  8. Alat pelindung pendengaran mesti dipakai di kawasan yang diwajibkan.
  9. Topi keselamatan mesti dipakai di kawasan yang ditentukan.
  10. Jangan gunakan udara tekanan tinggi untuk membersih pakaian anda dan jangan menghalakan ke mana-mana bahagian tuduh anda atau pekerja lain.
  11. Semua tangga yang tidak dilengkapi dengan tapak getah di kakinya atau tangga yang rosak jangan digunakan.
  12. Tidak sesiapapun dibenarkan menjalankan sebarang pekerjaan semasa berada di atas palet yang dinaikkan dengan forklif.
  13. Berdiri atau bekerja di atas anak tangga paling atas adalah merbahaya dan dilarang sama sekali. Jangan gunakan tangga dalam keadaan yang kurang selamat.

  1. Perancah hendaklah diikat dengan kuat dan kemas: pelantar dan pancak digunakan apabila perlu.

  1. Tali pinggang keselamatan, tali penyelamat dan abah-abah hendaklah digunakan dengan betul jika sekiranya tangga tidak boleh digunakan.

  1. Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga atau perancah.

  1. Berjalan di atas paip dan dulang talian kabel sebagai jalan pintas adalah mer bahaya dan dilarang sama sekali.

  1. Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga atau perancah.

  1. Jangan menumpang jentera angkat -susun (forklif).

  1. Semua kenderaan yang masuk dan bergerak di sekitar kawasan kilang tidak boleh melebihi had laju yang ditetapkan.

  1. Jentera angkat-susun hendaklah dipandu dengan cermat iaitu dengan mengambil kira keselamatan rakan sekerja dan mesin.

  1. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk menentukan segala alat perlindungan diri sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan bersih.

  1. Matikan semua suis bekalan kuasa mesin apabila hendak pulang dan mesin itu tidak digunakan lagi.

  1. Ketika mengendalikan bahan kimia, pastikan anda memakai alat perlindungan diri, seperti gogel kimia, apron, but getah dan sarung tangan dan lain-lain. Gunakan alat pernafasan jika perlu.

  1. Meludah dan membuah sampah di dalam kawasan kilang adalah di larang sama sekali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MENCEGAH BAHAYA KEBAKARAN

  1. Jangan gunakan bahan yang mudah terbakar atau meruap untuk kerja mencuci.

  1. Gasine, cecair mudah terbakar, gas dan dll. Hendaklah disimpan di kawasan khas.

  1. Kertas, kayu, pepejal dan bahan mudah terbakar jangan disimpan di kawasan khas.

  1. Tanda ‘Dilarang Merokok’ hendaklah dipatuhi.

  1. Pastikan laluan ke arah alat pemadam api dan alat pencegah kebakaran yang lain tidak terhalang.

  1. Alat pemadam api yang telah digunakan hendaklah dipulangkan dengan segera ke Jabatan Keselamatan.

  1. Kebakaran kebanyakannya berpunca daripada kelalaian atau cara kerja yang tidak mengikut peraturan. Semua bahan sisa hendaklah dibuang dengan cara yang selamat.

8. Sebarang kebakaran biar kecil sekalipun yang berlaku di kawasan syarikat mestilah dilaporkan oleh pekerja kepada penyelia.

 

JIKA BERLAKU KEBAKARAN

  1. Teriak API! API! API! Seberapa kuat yang boleh.

  1. Dapatkan bantuan segera untuk memanggil Kumpulan Mencegah Kebakaran GSL Water dan Perkhidmatan Kecemasan yang diperlukan.

  1. Bunyikan Penggera (loceng) kebakaran dengan memecahkan Kaca Suis Penggera yang berhampiran.

  1. Pindahkan mangsa (jika ada) ke tempat yang selamat.

  1. Padamkan kebakaran dengan menggunakan Alat Pemadam Api yang bersesuaian jika keadaannya selamat.

  1. Lari untuk menyelamatkan diri jika api terlalu besar atau tidak dapat dipadamkan GUNAKAN PINTU KELUAR YANG BERHAMPIRAN.

  1. Melaporkan diri di Tempat Perhimpunan di hadapan Rumah Pengawal. Kekal di tempat berkenaan sehingga pihak BOMBA atau Pegawai kebakaran memberi pengumuman selamat bertugas.

ASAP BERACUN ATAU KEBOCORAN GAS.

1. Cuba tutupkan punca pengeluaran asap / gas yang berkenaan.

Bukakan pintu dan tingkap untuk peredaran udara.

  1. Pindahkan mangsa (jika ada) ke tempat yang selamat. Gunakan alat pernafasan jika diperlukan.

  1. Sentiasa bekerja berpasangan atau berpasukan. Seorang hendaklah berada di luar kawasan pencemaran dalam lingkungan perhubungan suara.

  1. Dapatkan bantuan segera untuk memanggil perkhidmatan kecemasan seperti tersebut di atas.

 

 

PERATURAN MENYELAMATKAN DIRI

  1. Tutupkan semua pintu dan tingkap (ini mencegah api daripada merebak).

  1. Pastikan semua pekerja-pekerja keluar daripada bangunan dengan selamat.

  1. Matikan semua suis bekalan elektrik sebelum meninggalkan bangunan.

  1. Melapurkan diri di tempat perhimpunan di hadapan Rumah Pengawal.

  1. Semua Penyelia dan ketua jabatan hendaklah membuat pemanggilan nama untuk menentukan yang hadir dan siapa yang tidak.

  1. Beritahu kepada Pegawai Kebakaran atau Pegawai Keselamatan jika ada pekerja yang hilang semasa kebakaran supaya tindakan menyelamat dapat diuruskan oleh Kumpulan Mencegah Kebakaran GSL Water atau BOMBA.

  1. Tunggu isyarat selamat daripada BOMBA atau Pegawai Kebakaran sebelum memasuki semula ke dalam bangunan.

 

 

KESELAMATAN PERALATAN ELEKTRIK

  1. Semua kerja elektrik hendaklah dilakukan oleh pekerja-pekerja yang layak (mempunyai Sijil Kelayakan)

  1. Juruelektrik bertanggungjawab terhadap keselamatan pekerja-pekerja yang bertugas bersamanya dan sesiapa sahaja yang mungkin berada berhampiran dengan kawasan kerja, termasuk keselamatan dirinya sendiri.

  1. Semua litar elektrik hendaklah dianggapkan hidup sehinggalah disahkan oleh pekerja yang layak.

  1. Tanda keselamatan yang sesuai hendaklah dilekatkan pada semua alat elektrik dan litar elektrik apabila kerja penyenggaraan dilaksanakan.

  1. Juruelektrik mestilah tahu cara-cara pemulihan pernafasan mangsa kemalangan.

  1. Juruelektrik mestilah tahu cara-cara pemulihan pernafasan mangsa kemalangan.

  1. Laporkan segera kepada penyelia / foremen sebarang keadaan litar elektrik yang kurang selamat, seperti wayar longgar, sambungan litar pintas atau petak elektrik yang terbuka.

  1. Hanya pekerja-pekerja yang diarahkan atau layak sahaja dibenarkan memasuki bilik suis bilik transformer / alatubah.
  2. Kebakaran elektrik boleh dipadamkan dengan menggunakan pemadam api ABC atau CO2. Sekiranya berlaku kebakaran elektrik, pencilkan bekalan kuasa jika boleh kemudian baru padamkan kebakaran.
  3. Untuk menyelamatkan seseorang yang tersentuh litar elektrik:

  1. pencilkan bekalan elektrik jika boleh
  2. jika bekalan tidak dapat dipencilkan, cuba gunakan kayu kering, tali, kain atau sebarang bahan anti pengaliran untuk dililit pada mangsa, kemudian menariknya ke tempat selamat, jauh dari litar elektrik itu. Pertolongan cemas dan pemulihan pernafasan hendaklah dijalankan dengan segera, kemudian minta bantuan perubatan jika dapat.

 

KESELAMATAN KENDERAAN BERMOTOR DAN FOKLIF

  1. Semua kenderaan yang bergerak di dalam kawasan kilang hendaklah mematuhi had laju yang ditetapkan 10kmj.

  1. Tidak seorang pun dibenarkan menumpang naik foklif.

  1. Dilarang merokok semasa memandu foklif atau semasa mengisi semula silinder gas (LPG).

  1. Matikan enjin kenderaan semasa mengisi silinder gas (LPG).

  1. Jangan cuba turun semasa kenderaan mengisi silinder gas (LPG).

  1. Jangan merokok di kawasan mengecas bateri oleh kerana bateri melepaskan hidrogen semasa proses cas/

  1. Pastikan hon, lampu isyarat, cermin pandang belakang dan lampu kenderaan di dalam keadaan baik.

8. Adalah menjadi tanggungjawab pemandu untuk memastikan kederanan yang digunakan didalam keadaan selamat.

 

 

 

PERATURAN KESELAMATAN MENGANGKAT DAN MEMBAWA

  1. Jangan Angkat Barang (muatan) yang terlalu berat.

  1. Pastikan tulang belakang lurus, renggangkan kaki dan bengkokkan lutut semasa mengangkat.

  1. Pakailah sarung tangan keselamatan yang sesuai untuk menggangkat barang.

4. Pakailah kasut keselamatan.

  1. Jangan berdiri sambil memegang barangang berat.

  1. Jangan ubah pegangang semasa membawa barang berat.

7. Minta pertolongan untuk meletak barangan diatas bahu atau belakang. Back to GSL Safety page

Hosted by www.Geocities.ws

1