Keselamatan Pekerjaan

Adakah anda sedar sikap boleh, dan semestinya boleh, menentukan sama ada anda akan selamat dan sihat atau tidak selamat dan cedera?

Apakah sikap anda terhadap Keselamatan Pekerjaan? Adakah anda percaya cukup dengan bertindak secara selamat pada setiap waktu? Atau, dengan kata-kata anda tanpa mengamalkannya? Mari kita lihat sama ada pemikiran anda terhadap keselamatan pekerjaan kukuh atau tidak.

Pertama, apakah sikap? Kamus menyatakan ia adalah perasaan – pandangan yang berdasarkan pada sesuatu fikiran, pendapat atau perbuatan.

Sikap boleh menjadi baik, buruk, kuat atau lemah; dan, semestinya boleh diubah. Sikap yang baik membawa ke arah kelakuan yang baik – seperti sentiasa menggunakan peralatan perlindungan diri di dalam di situasi yang dimestikan atau sebaliknya.

Ada sikap yang baik dan yang buruk terhadap keselamatan pekerjaan. Berapa banyakkah ungkapan sikap buruk dalam keselamatan pekerjaan yang biasa anda dengar?

Apakah yang menyebabkan kepada sikap yang tidak selamat? Sebagai contoh, lihat kepada pekerja yang tidak mahu mematuhi atau mendengar arahan. Kemungkinan beliau adalah "Duri Dalam Daging" dan memulau sebarang arahan. Atau beliau berfikir tiada perkara baru yang perlu dipelajari.

Masalah dengan sikap buruk terhadap keselamatan pekerjaan ianya boleh menuju ke arah tindakan yang tidak selamat. Sesetengah orang berfikir mereka boleh menyisih keselamatan pekerjaan sekira ianya mengganggu tugas mereka. Kemungkinan mereka ingin membuktikan keselamatan pekerjaan tidak untuk mereka, tetapi keselamatan pekerjaan semua pekerja di dalam sesebuah organisasi memerlukan kerjasama dari semua pihak pada setiap masa.

Perasaan anda boleh menjejaskan sikap anda. Jangan biarkan masalah anda mengganggu pemikiran anda semasa bertugas, berkemungkinan akan menyebabkan kecederaan diri anda atau orang-orang di sekeliling anda. Perasaan tidak dapat di hapus tetapi ianya boleh dikawal dan difahami.

Sikap yang baik terhadap keselamatan pekerjaan dapat membantu meningkat pengetahuan anda dalam tugas-tugas harian. Sekiranya anda merasa ragu-ragu, rujuklah kepada penyelia anda untuk langkah-langkah selamat yang perlu diambil. Ianya adalah tanggungjawab beliau untuk membantu.

Semoga selamat sentiasa.

 

 

Disediakan oleh : Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Back to GSL Safety Page

Hosted by www.Geocities.ws

1