Episode 1
Sunday, 23 April 2000 04:38:17 GMT
 
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT

Bagaimana dengan kehidupan saudara-saudara sekalian di IPT? I hope we all will strive for the best, and don't forget to pray to Him..one alim said that Allah's act is according to what we believe..which means the world's situation depends on the mukmin's thought. Once you thought bad, bad, bad,...things turn bad, aren't they?

Everything in the earth is in Allah's knowledge, whether it's past, present, or in the
future. Allah knows what happen when two particles of sands collide among them in the deep sea..Allah knows how much 'balik kuang' (a thiny leaf) does when it falls in the deep jungle...

Allah created us as the best creation..suppose our nostrils are upside down, all hells will break loose when we run through the rain! We human eat a lot of things, nasi lemak with green cucumber, red and hot sambal, and yellow egg..but when it's come to the nature calls, the s**t is still in one  colour. Where do the other colours gone? Where does that one colour comes? only He knows...sounds funny huh? But why don't we think about it for a while?

So, it's important for us to mention the great strength of Allah more and more and more. Hari ini, ramai orang cerita pasal nilai duit...anak kecilpun tahu akan nilai duit..kalau kita jumpa RM 10 dalam najis lembu, kita ambil wang tu, kita basuh dan kita guna balik..sebab kita tahu nilainya. Tapi bagaimana pula dengan nilai iman?

Nilai iman sebesar zarah - Allah akan bagi syurga seluas 10 kali dunia dan langit..tapi seorang yang mati tanpa ada iman, walaupn dia ada kekayaan sebesar 10 kali bumi dan langit; tiada nilai di sisi Allah. Sang Albert Einstein; seorang genius di abad ini, yang manusia agung-agungkan kerana teorinya yang 'gila punya gempak'..apabila dia mati, kepalanya dibelah dan para saintis kaji berapa banyak peratus terokaan otaknya. What I'm trying to say here is kebijaksanaan sang Albert tak dapat menghalang kepalanya dibelah kerana di sisi Allah dia tak berjaya...

...berbanding seorang sahabat r.a. yang menyertai perang. Ada sebuah keluarga kuffar mendendami beliau kerana beliau pernah membunuh ahli keluarga tersebut dulu ketika perang. Maka mereka perintahkan jenazah sahabat tu dicari selepas perang untuk disiksa dan dihina sekiranya beliau syahid, tapi sahabat itu tak gentar dan tetap pergi berperang. Sebelum beliau syahid, beliau doa supaya Allah pelihara jasadnya. Maka, bila keluarga tu nak rampas mayatnya, Allah hantar tebuan mengelilingi mayat beliau sehinggakan mereka tak dapat ambil jenazah beliau. Lihatlah, Allah jaga sahabat tersebut walaupun selepas beliau syahid, kerana di sisi Allah beliau berjaya...you can see the difference now.

Para sahabat semuanya manusia biasa, tidak maksum, macam kita juga, dan bukan semuanya alim. Ibadat merekapun tidaklah sehebat para tabiin...

Kita lihat Abu Bakar; buku amalan ibadat beliau masih tak tertutup sehingga ke hari ini, bukan sebab ibadat beliau tetapi sebab apabila beliau masuk Islam, beliau tanya Rasulullah, "apa kerja aku?" Rasulullah katakan pada beliau, "kerja aku kerja kau"...tanpa perlu beliau masuk kursus dakwah ke, sekolah pondok ke, institut ke, beliau terus pergi berdakwah dan pada sebelah petangnya beliau bawa 5 orang sahabat besar untuk masuk Islam. Dari 5 orang sahabat tu pula berkembang lagi sampai sekarang.

Sahabat bersolat malam taklah sebanyak solat malam para tabiin, mereka khatam al-Quran pun tak sebanyak tabiin Para tabiin khatam al-Quran 60 - 80 kali sehari. Para sahabat pula khatam pun sekali sehari (majoritinya). Tapi Allah bagi kefahaman agama mereka berlainan.   Ada seorang sahabat tanya pada tabiin, bagaimana kamu bersyukur? Tabiin jawab, "kami ucap alhamdulillah" Sahabat tu membalas, "kami ucap syukur dengan sebarkan kebaikan. Apa itu kebaikan? Itulah "LA ILAHA ILLALLAH" - sebarkan kebaikan di sini maksudnya ialah sebarkan LA ILAHA ILLALLAH, iaitu dakwah.

Itu dia, penerangan mereka pun berlainan. Tapi kenapa sahabat berjaya? Kenapa Allah bagi mereka kefahaman agama yang sempurna? - Sebab mereka usaha atas iman dan usaha atas agama mereka. Fikir mereka sama dengan fikir Rasulullah - bagaimana nak selamatkan semua manusia dari neraka Allah, bukan umat Islam sahaja, tetapi SEMUA UMAT MANUSIA.

Suppose an accident occurs in the middle of the road of a village, then everyone comes to see the accident. One of them says to another, "you should bring him (the victim) to the hospital because you are the ketua kampung"...but the ketua kampung says, "you should take him to the hospital because you are the first person to arrive when the accident occured"...but the person says to another person, "you should do the job because you are the policeman," but the policeman says to a boy, "it's your job because you are a medical student." Okay, now semua orang asyik cakap kau, kau, kau..lastly victim tu akan mati. Sepatutnya setiap orang kena anggap bahawa membawa victim tu adalah tanggung jawab diri mereka sendiri dan bukannya menuding ke orang lain. Victim tersebut perlu cepat diberi rawatan sebab dia sakit dan perlu ke hospital...tak kiralah orang-orang di situ tahu atau tidak untuk merawat pesakit tersebut sebab bila sampai di hospital, barulah victim tu diberi kepada doktor yang lebih arif akan kerja selanjutnya.

Ketahuilah bahawa umat Islam zaman ini sedang sakit. Jadi kita semua kena ada tanggung jawab untuk bawa umat kita ini untuk "rawatan" selanjutnya. Kita mungkin tak tahu, tak alim, rocker, hip-hopthrash, apa-apa sajalah....tapi itu semua no hal sebab kerja bawa "pesakit" itu yang amat penting.

Kita semua kena bertindak. Para sahabat dulu korbankan nyawa mereka...kitapun kena belajar korban...at least mulakan dengan korban masa dan harta kita ke jalan Allah...sepagi dan sepetang di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya. Seketika berbicara tentang agama di depan rumah saudara kita adalah lebih baik daripada beribadat di depan hajarul Aswad pada malam lailatulqadar... maasya Allah besarnya ganjaran.

Last but not least ada satu kisah. Di akhirat kelak sebelum hisab dijalankan, satu kumpulan manusia akan merempuh lautan manusia menuju ke pintu syurga. Mereka mendesak untuk masuk syurga. Malaikat penjaga syurga pun berkata, "Kenapa ni...hisab belum mulapun lagi dah nak masuk syurga?" Tapi kumpulan manusia ni urge juga, sehinggalah malaikat pergi menghadap Allah dan adukan perkara tersebut...

...maka Allah kata, mereka ini semasa di bumi, sanggup menebalkan muka menahan malu untuk menyeru manusia kembali kepada Aku. Maka pada hari ini Aku malu untuk menghisab mereka. Biarkan mereka masuk syurga. Seorang kawan khabarkan pada saya bahawa di hari perhitungan nanti ada orang masuk syurga dengan syafaat nabi, ada yang masuk syurga dengan syafaat al-Quran, syafaat hafiz, syafaat Abu Bakar...tetapi mereka ini masuk syurga dengan syafaat ALLAH.

Jadi, saya harap kita semua cubalah take part dalam usaha ini...dan kita kena ikhlas
untuk baiki iman kita di samping cuba ajak kawan kita untuk turut sama dalam usaha ini. Di akhirat kelak, semua akan sibuk mendakwa..kawan tak kenal kawan, ibu tak kenal anak, isteri tak kenal suami.."kamu selalu keluar berdakwah, kenapa tak pernah ajak aku sama?"...masa tu nanti apa kita nak jawab?

I really appreciate your precious time to read this episode (but Allah appreciates it more than me...) Wassalam.


Do you want to share your idea?email us

 

 

[email protected]

 

Hosted by www.Geocities.ws

1