From: | [email protected] |
STEAK
Plain Steak :
Rip Eye atau Sirloin Steak (tebal ½ in) - boleh didapati di suparmarket)
salt & pepper : sapu dan perap 1/2 jam, goreng each side for 1 minute dan transfer ke oven for 10 minutes (medium rare) atau 15 mins (well done) Atau kalau takde oven, boleh pan fry sahaja 3 minit for each side for medium rare atau 5 mins for each side for well done. Boleh dihidang dengan apa2 sos
Flavored Steak
Rip Eye Atau Sirloin
bahan2 marinate
garam, pepper, 1 sudu mustard, 2 sudu oyster sos dan 1 sudu tomato sos perap selama 1-2 jam
cara masak sama dgn kedua2 resipi tu yg basic. boleh diubah suai ikut selera masing. Enjoy…
Steak Sauce
From: | [email protected] |
Mushroom Sos
Bahan-bahan:
7-8 butir cendawan butang
5 keping oyster mushroom (yg warna kelabu tu)
5 keping shitake mushroom (ada dijual disupermarket), kalau tak dapat, banyakan amount oyster mushroom tak apa - semua cendawan dihiris
1 bawang besar, dipotong dadu
2 bawang putih di cincang halus,
1 cawan chicken/vegetable stock (air rebusan) ATAU, larutan kiub awam/vege (maggi)
½ kotak kecil cream (boleh dibeli disupermarket jugak) brand saya lupa
garam & lada hitam
sedikit butter atau olive oil
Cara :
  • Tumis bawang & bawang putih 1 min, kemudian saute (tumis) kesemua cendawan tadi, kalau agak kering, tambah butter sikit, jangan masukkan air since cendawan akan keluarkan air
  • Bila sudah agak wangi, masukkan chicken stock, biar mendidih kemudian masukkan cream.
  • Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
  • Last, tambah garam/pepper. Tuang atas steak atau ayam panggang
    Black Pepper Sos
    1 bawang besar, didadu, 2 bawang putih dicincang
    2 sudu besar, lada hitam yg dihancurkan (cracked)
    1 sudu kecil tomato paste
    1 cawan beef stock (air rebusan tulang/daging) atau maggi beef granule yg dilarutkan
    ½ kotak atau lebih cream
    garam dan sedikit gula

    cara masak, sama macam mushroom sos, yg penting utk membuat sos steak ialah kepekatan sos itu, kalau suka pekat, banyakkan cream

    Selamat mencuba yer..

  • Hosted by www.Geocities.ws

    1