Macaroni Bakar
STEP I
  • Macaroni direbus
  • Sementara tu, tumis bawang putih, bawang merah & sedikit halia.
  • Letak cili boh (macam nak goreng mee) pastu letak minced meat kemudian garam skit campurkan macaroni yg dah direbus tadi
  • minced meat -
  • nak lagi mudah gunakan daging burger yg dah dihancurkan
  • Ketepikan bahan yg dah dimasak ni, pastu pukul 5-6 biji telur berasingan.
  • Macaroni tadi dimasukkan kedalam loyang/bowl utk oven, curahkan telur yg dah dipukul kedlm adunan. Pastikanmacaroni udah dirata-ratakan/ dipadat-padatkan dlm bowl tadi
  • Bakar selama 1/2jam-45minit. heat 120-130-celcius
    STEP II
    bagi mereka yg malas bolehlah cicah macaroni dgn cili sos maggie. But for those yg rajin, buleh buat sambal bawang putih. simple aje. I bet most people dah tau... but for a note of conformation saya suka gunakan magic tool of "BLENDER" mudah..
  • Masukkan lada idup 4-5 biji, tambah cili api kalau nak pedas.
  • 2 sudu gula, garam, 2 ulas bawang putih, lemon juice/cuka dan sedikit air masak. Pastu nak kasi pekat letak tomato sos sikit.Udah tu diblendkan campuran tadi

    SELAMAT MENCUBA YER.......


    OPTION 1
    From : [[email protected]] Mula2 goreng makaroni tu seperti biasa, seperti menggoreng mee, tapi saya masukkan banyak daging cincang dan sayur2nya seperti karet, bunga kobis dan lain2 di potong kecil Selepas masak, pukul sebiji telur dan tuang ke dalam makaroni yg telah digoreng, masukkan dalam bekas yg telah di sapu mentega dan bakar, telur yg dimasukkan kemudian tu yg akan melekatkan makaroni dan jadi macam kek itu saja
    OPTION 2
    From : [[email protected]]

    care saya berbeza sikit

  • mula2 makroni tu saya rebus.
  • Sebelum saya bakar saya campukan sedikit tuna dan kemudian tuangkan sikit MUSHROOM CHICKEN SOUP dari Kimball agar dia basah. tabur cheese. dan bakar

    bolih cuba...

    OPTION 3
    From : [[email protected]]

    Saya pernah cuba pada mee maggie, tapi tentu boleh apply pada macaroni juga.

  • Mee maggie tu beli yang tanpa perisanya
  • Mee/macaroni tu direbus dulu
  • Tumiskan bawang besar (dipotong dadu), jintan manis, ketumbar, bawang putih dan halia bersama daging cincang. Kalau nak pedas, campurkan sedikit cili giling
  • Setelah masak campurkan daging cincang tadi dengan macaroni dan sayur campur (yg frozen pun ok - kacang peas, carrot dan jagung)
  • Pecahkan telur 1-2 biji. Gaulkan semua sekali. Kemudian bakar

    Suhu sederhana, around 170C selama 25-30 minit

  • Hosted by www.Geocities.ws

    1