From: ida | [email protected] |
TELUR - MUSHROOM CHEESE OMELETTE
Bahan-bahan
4 biji telur
Cheddar Shredded Cheese
Button Mushroom
Black Pepper powder
Susu cair
Cara :
1. Potong button mushroom - sederhana tebal
2. Pecahkan telur, campur sedikit susu cair/segar (sesudu makan),
3. kacau rata (macam telur dadar)
4. Panaskan kuali (letak minyak sedikit sahaja tapi rata satu kuali)
5. Dah panas, goreng mushroom then masukkan telur. Jgn api besar.
6. Jgn terbalikan telur. bile dah agak garing bhg bawah, dan bhg atas dah kering, taburkan shredded cheese atas telur, lipat dua.
7. Masa ni api kene kecil supaya omellete tak hangus. Agak2 dah masak dalamnye, Angkat (Depends on people prefrences - ada yg suka stgh masak).
8. Taburkan Black pepper atasnya - kalau tak suka tak payah letak.
9. Makan le dgn chili sauce ke. Biasanya orang makan omelette begitu sahaja tanpa nasi atau lain2.

selamat mencuba


OPTION:
From: Che Noorliza Lat | [email protected] |

Ada petua berkenaan omelette ni. Kalau nak omelette tu tebal, asingkan putih & kuning telur. Pukul putih telur hingga naik, berbuih semua, baru masukkan kuning telur & kacau perlahan-lahan sebelum dimasak.


From: Nazirah | [email protected] |

nak tanya omellette tukan kalau diterjemahkan telur dadar.pukul telur bersama hirisan bawang besar nipis-nipis, cili merah, garam serta lada sulah sikit. Pukul sampai kembang lepas goreng dalam frying pan. Itu saja yang saya tahu tentang omellette ni. Tapi ada jiran kakak saya yg berniaga pernah bagitahu telur dadar jadi tebal mereka campur dengan tauhu hancur dipukul bersama telur tadi. Sebab itulah telur dadar digerai mamak nasi kandar tebal tebal belaka. Kalau nak buat scramble egg (telur masak hancur) caranya begini: pukul telur campur sedikit susu segar serta sedikit garam dan goreng dengan menggunakan mentega atau magerin.dalam kuali kacau telur hingga hancur,bolehlah makan dengan roti.

maaflah kalau salah resipi yang diberikan. apapun itu sajalah yg tahu.
wassalam....

Hosted by www.Geocities.ws

1