CARA MELEMBUTKAN DAGING
From : | [email protected] |
Assalamaualikum..
ada seorang auntie disini kata nya..untuk melembutkan daging, hendak lah daging tersebut diperap dengan buah kiwi.hasilnya amatlah memuaskan kerana daging tersebut mudah empuk apabila dimasak.kami sudah mencuba makan daging yang diperap oleh auntie tersubut,kami buat barbeque..sungguh enak sekalik..cuba lah!!!


From : | [email protected]>[email protected] |
Salam buat semua...
Pasal daging liat ni - saya ada berapa tips
Cuba pakai tenderiser (ada dijual di pasaraya) ataupun perap dgn marinade sebelum masak. ada jugak orang yang pakai pemukul dan pukul daging tu sampai uratnye lembut.
Ada orang Kiwi kasi tip - kalau ada buah kiwi atau papaya yang dah terlalu masak, kisar and lumurkan atas daging. lepas tu perap. Pasal juice buah yang acidic tu akan tenderise the meat. Yang paling senang bagi saya ialah jangan masak terlalu lama sangat - cook a bit underdone dan campur garam paling terakhir sekali. Jangan sekali perap/marinade daging dengan garam (pasal dia tarik juice daging tu keluar dah....patut tu liat).

selamat mencuba!!
shikin


From : | [email protected] |
yang biasa saya buat, bila nak rebus tu saya letak halia alhamdulillah tak pernah liat pun dan kalau nak masak masakan lain (eg, masak kicap ke @ sweet sour) saya mesti letak halia juga.


From : | [email protected] |
Apa kata taruk daun betik bagi melembutkan daging???????


From : | [email protected] | masak daging ni orang kata kena pakai api kecil especially masa mula masak. Kalau tak,terperanjat terus jadi kejang daging tu.Tapi memang betul kot.. Normally itulah petua yang saya gunakan.Cuma...kena sabar sikitlah !!!


From : | [email protected] |
Ibu saya pulak suka letak duan nangka yg muda....


From : | [email protected] |
Assalamualaikum,
Ni petua dr bakal mak mertua ni..baru jer 'Mak' bagi tau saya..katanya letak daun rokok..yang orang tua2 hisap dengan tembakau tu..letak dalam 1 atau 2 helai jer..bila daging tu dah menggelegak boleh lah dibuang daun tu..tak kan nak makan sekali kot...berkesan..saya sendiri rasa daging tu tak liat...pandai bakal mak mertua saya ni kan..
selamat mencuba.


From : | [email protected] |
Assalamualaikum warahmatullah..
daun rokok ni ialah pucuk pokok nipah yang dikeringkan..rasa buah nipah muda ni macam rasa buah anggur merah..


From : | [email protected] |
Petua yang biasa saya buat adalah merebus daging dengan meletakkan ketulan ais. Juga boleh merebus dengan menggunakan sudu makan yang besi. Insya Allah tak liat.


From : | [email protected] |
Untuk melembutkan daging ini cuba rebus dulu daging ni dengan sudu stainless steel . sure lembut daging ni. Lepas tu boleh lah dimasak pelbagai.
Amy Yulhendri


From : | [email protected] |
Daun mangga muda pong bolih jugak!!!!!!!


From : | [email protected] |
Petua dari orang tua saya ialah masa rebuskan daging atau apa jenis masakkan pun, masukkan satu atau dua helai daun nangka. Basuh bersih-bersih, buangkan getahnya terlebih dahulu. Sebaiknya daun nangka yang sudah tua. Jangan masukkan terlebih pulak.
Cubalah...Insyaallah...
Hosted by www.Geocities.ws

1