Sotong Goreng Tepung
Tepung Penyadur:
Tepung
Self-Raising Flour
Telur
Garam
Air
Cara-caranya:-
Bancuh tepung bersama garam, telur dan air. Kacau hingga sebati dan mendapat kepekatan yang elok. Garam mengikut rasa.
Sotong putih dicuci dan tapis
Kemudian lumurkan dengan garam
Setelah batter dibancuh, masukkan sotong, kacau dan biarkan selama beberapa minit supaya tepung tidak menjadi berketul-ketul
Setelah beberapa minit, panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan sotong yang bersalut tepung di dalam minyak yang panas. Perlu berhati-hati semasa menggoreng kerana sotong meletup
Boleh juga digunakan untuk menggoreng udang
Selamat Mencuba .............