From : [[email protected]]
Sotong Sumbat Tumpat Kelantan
Ini original resepi dari arwah nenek lagi. Ketupat sotong ni sebenarnya berasal dari daeah Tumpat, Kelantan.
Bahan-bahan :
Sotong : sederhana besar, 7-8 ekor (terpulang)
Beras pulut : basuh bersih-bersih dan rendamkan seketika
(tujuannya agar bila masak cepat masak)
Garam : secubit garam
Santan : 1-1/2 biji kelapa....biarkan lemak.
Daun pandan : 3-4 helai
Gula Melaka : 5-6 keping yang kecil
Gula : segenggam gula.
Cara-caranya:-
Sotong dibuang segala isi perut, dan buangkan kulitnya. Kalau tak buang, nanti kuah jadi seakan-akan warna merah....tak cantik.
Sumbatkan beras pulut separuh badan. Sebab kalau penuh nanti perutnya pecah..tak tahu mana pulut, mana badan nanti.
Masukkan sotong dalam kuali yang sederhana besar.
Masukkan santan, garam, gula melaka, gula, dan daun pandan sekali.
Biarkan ia masak sampai kuahnya betul-betul pekat.
Pastikan anda kacau selalu sbb ianya mudah jadi berkerak. Nanti tak sedap.
Oh ya...kalau nampak kuah tu tak pekat, lebihan dari beras pulut tadi, masukkkan je...biarkan ia masak sekali.
Nanti kuah kita akan jadi pekat. Tapi harus diingat berasnya janganlah terlampau banyak...nanti lain jadinya...
Harap cuba.....kalau bulan puasa 2 ekor memang tak cukup....emmm sedapnya...
OPTION :
From : [[email protected]]
Hi netters semua, ketupat sotong memang favourite saya. Cuma nak remind saja bahawa kita kena sediakan bilah lidi kelapa semasa menyumbat beras pulut tadi. Kalau tidak, beras itu akan keluar semasa ia mendidih nanti. Caranya, masukan beras pulut tadi sedikit demi sedikit dlm perut sotong.Jangan sampai penuh, dan tutup dgn kepala sotong tadi sambil cucuk dgn bilah lidi agar kepala dan badan sotong tidak putus. Boleh juga guna bilah lidi semacam bilah lidi sate. Okey!! sudah faham semua.
Cubalah, pasti nak lagi.