From: Pak Amir Pak Dollah | [email protected] |
Tempoyak Ikan Sungai / Patin :
Bahannya:
Ikan patin
Kelapa goreng (jangan sampai hitam sangat, kuning emas pun tak cukup dah ditumbuk halus, jangan sampai bertahi minyak lak!)
Bawang besar (digelangkan kasar-kasar)
Cili hijau & merah (cili padi kalau nak pedas lagi)
Santan kelapa
Tempoyak (of course, main ingredient)
Daun kunyit (dihiris-hiris halus)
Serbuk kunyit
Sedikit cili boh (nak nampak warna dia cantik )
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Perasa Aji ke, Maggie ke, apa-apa le.....
Cara:
  • Campurkan semua bahan di atas (kecuali kelapa goreng, bawang besar & cili merah/hijau).
  • Mesti ingat, JANGAN MASUKKAN SANTAN, masukkan santan kedua sahaja dulu.
  • Lepas tu, bila ikan dah empuk, baru masukkan Santan pure, kelapa goreng, bawang besar & cili merah).

    Yang sebenarnya, memasak ni nak kena "tangannya" jugak, kalau jenis orang yg memang "terror" masak, campak-campak aje pun dah rasa sedap..........

    PETUANYA ialah, sebelum masak tu, selawatlah banyak-banyak hasilnya... MASAKAN yg ENAK walaupun simple!
    CUBALAH!!!
    Wassalam

    Hosted by www.Geocities.ws

    1