From : | [email protected] |
My usual ingredients for spaghetti sauce will be:
Spagheti Sauce
Bahan-bahan :
onions - cubed
tomatoes - cubed
bay leaves
rosemary
thyme
minced meat
button mushroom
black pepper - crushed
tomato puree
tomato juice
Cara-caranya:-
saute the onions, add in bay leaves, rosemary, thyme -- mix well
add in minced meat and cubed tomatoes and mushroom and cook till tender
add in the tomato puree, cook till fragrant then add in the crushed black pepper
pour in tomato juice and let boil for few minutes or till slightly thick
Salt to taste
Same thing -- sprinkle some Parmesan cheese before serving.
You can try Carrefour or Cold Storage - they have fresh bay leaves. Another alternative is to get the dried ones packed in a bottle and obtainable from most supermarkets here.
PS: You can use same sauce (with or without minced meat) as pizza sauce.
Soephy Soochipto
OPTION:-
Mana2 supermarket ada menjual bay leaves.
Dalam botol kecil - green colour. Cari kat Spice corner.
From : [[email protected]]
Saya tak ada resipi sos ala pizza hut, tapi awak boleh cuba resipi ini sebab pada pandangan saya sos ini lebih sedap. Selamat mencuba!
Spaghetti sauce
Bahan-bahan :
500 gm daging lembu cincang
5 ulas bawang putih - dicincang
2 labu bawang besar - dipotong dadu
1 batang lobak merah - dipotong dadu
1 tin kecil cendawan butang - dihiris
1 batang celery - dipotong dadu
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
sedikit lada sulah
1 tsp oregano
2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
Cara-caranya:-
Tumis bawang pitih hingga kuning.
Masukkan daging dan lada sulah, biar hingga daging garing sedikit.
Masukkan bawang besar, lobak merah, cendawan, celery dan tumis sekejap.
Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, oregano dan air.
Bila mendidih kecilkan api dan mendidihkan sehingga pekat.
From : [[email protected]]
Spagheti Sauce
Mine is simple... Orgt bujang nyer resepi.
Bahan-bahan :
BawanG besar yang putih tu seeloknya
2 biji di kiubkan
Bawang putih 2 labu juga dikiubkan
atau dicincang halus
daging buger lembu 1 pack
tamato puree
tomato soup
oregano
italian seosoning
mix herb
Caranya :
Panaskan minyak tumis 1/3 daripada bawang yang dah dicinang hingga garing
masukkan daging n goreng hingga agak agak masak
masukkan tomato puree tunggu menelegak pas tu masuk tomato soup
tunggu mengelegak masukkkan italian seosoning
masukkan oregano... n mix herb
mengelegak / mendidih angkat enak dimakan panas panas
From : [[email protected]]
Spaghetti Sauce
Bahan-bahan :
1 tin besar tomato puree (apa brand pun tak apa)
1 paket daging cincang
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 biji tomato (dipotong dan diramas-ramas sampai hancur)
2 sudu teh ajinomoto
5 sudu teh oregano
sedikit gula dan garam
1 cawan kecil minyak untuk menumis
Caranya :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga kuning
Campurkan kesemua bahan di atas dan masukkan ke dalam periuk
Boleh tambahkan lagi gula atau garam mengikut rasa
Biarkan dua tiga kali mendidih dan boleh dimakan bersama spaghetti
*** 1) Untuk pedaskan, bolehlah ditumiskan cili kering mesin dengan bawang putih
*** 2) Boleh juga ditambahkan chicken ball (potong dua atau empat)
Thanks
OPTION 1
From : [[email protected]]
Ayam (daging shj) digoreng kemudian dikisar
Sos tomato atau tomato (dipotong dadu kecil), sos cili atau cili boh, bawang putih - semua nie campur sekali ditumis. taruhle air sikit Lepas tu masukkan ayam kisar tu, taruhle sos tiram sikit, garam secukup rasa, gula seadanya. dah siap
OPTION 2
From: [[email protected]]
Ada petua dari kawan saya, kalau nak sedap lagi spagehetti sauce tu, untuk satu resipi tu sagatlah satu biji kentang dan lobak merah semasa sauce tu dah nak hampir pekat. Sebab kentang dan lobak merah tu dah disagat halus jadi tak payah le nak masak lama-lama. Saya dah cuba. Sedap jugak....
OPTION 3
From : [[email protected]]
Selain dari bahan yang telah dicadangkan, saya juga suka masukkan sebiji bawang besar (dipotong dadu), cili benggala (juga dipotong dadu), cendawan hiris dalam tin dan satu tin tomato sup.
Selain dari oregano, boleh beli 'Italian Herbs' brand McCormick sebab herba yang sama boleh diguna utk buat pizza atau masakan lain.
Selain dari itu, saya tidak gunakan minyak utk menumis. Saya akan terus masukkan daging cincang dalam periuk dan biarkan minyak dan air dari daging itu sendiri yang keluar.
Kemudian baru saya masukkan bahan-bahan yang lain