From : | [email protected] |
SAMBAL TEMPOYAK
Bahannya
Pucuk ubi 2 ikat - dihiris asingkan
2 biji bawang besar/Bawang kecil - dihiris asingkan
Serai 5 atau 6 batang - dihiris asingkan
Daun kunyit (buang tulang tengahnya) 2 atau 3 helai � dihiris boleh disatukan
Daun kaduk tak tua sangat 2 cekak - dihiris boleh disatukan
2 atau 3 ikat Petai
Ikan bilis seringgit (lebih pun takapa) - ditumbuk
Cili padi ikut kepedasan yg. Disukai - ditumbuk
Serbuk kunyit/Kunyit hidup 1� inchi - ditumbuk
Tempoyak dalam 3 senduk atau � botol nescafe yang besar tu 2 biji Santan kelapa (tidak terlalu cair)
Garam sesedap rasa
Caranya
Daun disusun sama-sama setiap helai dapatkan dalam secekak dan mulakanlah hirisan
Daun dihiris kasar sedikit dari bunga rampai, buangkan awalan hirisan iaitu antara
tangkai dan daun
Ramas pucuk ubi yang dihiris 2 atau 3 kali dengan air biasa last sekali dengan air panas mendidih dalam 2 ke 3 minit kemudian toskan - perah (hati-hati masa memerah) masukan dalam periuk
Begitu juga dengan daun kunyit, daun kaduk yang dihiris tadi diramas macam proses meramas daun ubi tadi lepas tu masukan dalam periuk.
Masukan bahan yang ditumbuk, petai, serai, bawang besar, tempoyak, garam dan santan tadi kedalam periuk. Gaulkan dengan rata kemudian bolehlah dimasak hingga mendidih
Imbangkan rasanya antara pedas, lemak, masam (kalau tak berapa masam boleh bubuh sedikit asam keping) pastikan kuahnya tak berapa cair dan tak berapa pekat
Boleh diperhangatkan tapi jangan sampai terlalu kering, boleh tahan sampai berhari-hari (lagi sedap)
Selamat mencuba