Sambal Belacan Terangkat
  • Barangkali berikut tidak boleh dikategorikan sebagai petua, tapi rasanya ramai yang belum pernah mencuba. Kalau ada benda baik apa salahnya untuk berkongsi bersama !
  • Anda inginkan hidangan " sambal belacan " yang mengancam ? Cuba ubah sikit cara penyediaan " sambal belacan " agar suami dekat rumah tu melekat sahaja kat rumah dan tak akan makan di luar lagi lepas ini !
  • Penyediaan "sambal belacan" yang lebih lazat adalah seperti biasa... Cuma selain dari belacan itu yang kita selalu digoreng terlebih dahulu dengan minyak sebelum ditumbuk... Hendaklah juga, dengan sedikit bawang merah dan cili-cili merah sekali digoreng dengan minyak panas dalam lebih kurang 45 - 60 saat....
  • Mula-mula goreng belacan dulu...angkat...dan kemudian goreng pula cili-cili merah yang telah dibuangkan biji benihnya serta sedikit bawang besar. Setelah habis bab gorang ini, maka tumbuklah / buatlah " sambal belacan " sepertimana anda biasa sediakan untuk seisi keluarga...

    Wassalam dan terima kasih,
    Pak Amir Pak Dollah.

    Hosted by www.Geocities.ws

    1