From: "Sabariah Bt [email protected]" | [email protected] |
Tempee JAWA
4 keping tempe
4 keping tahu
4 keping tahu kering
RM2 soon (kalau suka mengikut selera)
1/2 kg udang, dibuang kulit
1/2 camcateh garam
1 biji bawang besar
Bahan Giling :
15 biji cili kering, direndam
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Bahan dihiris :
2 biji cili merah & cili hijau (dibuang biji)
Asam Jawa dibancuh1/4 cawan air
3 cawan santan
RM1 kacang panjang dipotong
1 1/2 camcateh garam
Cara-cara :
  • Potong tempe 1 inci dan tahu dipotong mengikut rasa dan digoreng hingga garing.
  • Angkat dan toskan.
  • Basuh soon dan tahu kering, toskan dan goreng
  • Panaskan minyak sebanyak 4 sudu camca besar dan tumis bawang hingga perang
  • Masukkan bahan giling, cili hiris dan goreng hingga wangi dan pecah minyak
  • Masukkan udang dan kacau kemudian masukkan air
  • asam, santan dan garam
  • Didihkan perlahan-lahan, masukkan kacang panjang, tahu kering, soon, tahu dan tempe.
  • Kacau-kacau dan angkat.
  • Bolehlah dimakan dengan nasi panas
  • Bolehlah cuba resepi saya ini dan kalau sesiapa ada resepi yang lain bolehlah kita tukar-tukar pula.

    TQ

    OPTION :
    From: "Sabariah Bt [email protected]" | [email protected] |

    Bagi saya kalau hendak taruh hati ayam, pedal ayam tu..semasa kenduri baru saya taruh sebabnya bila kita beli ayam kita akan dapat hati dan pedal ayam..masa tulah saya taruh kalau tidak setakat udang saja,,,maklumlah jimat (gurau saja) namun terpulang pada citarasa sendiri..lagi banyak bahan lagi sedap. Yang pasal tempe tu mestilah goreng taruh kunyit dan garam barulah tangkap maut...
    TQ...selamat mencuba

    Hosted by www.Geocities.ws

    1