From: izana ibrahim | [email protected] |
Sweet Snow Peas
Bahan-bahannya
250 gm kacang peas (snow peas)
150 gm baby carrot
Bahan A
3 sudu udang kering di cincang
8 biji cili pad di cincang
2 tangkai cili kering, basuh dan potong kasar
3 ulas bawang puting di cincang halus
Sos
campurkan sekali
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar stok ayam (saya gunakan maggi)
3 sudu besar air
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit gula
Bahan pemekat
di bancuh
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar air
Cara membuatnya
Goreng kacang peas dengan minyak yang banyak (deep-fry) selama seminit.
Kacau sepantasnya. Angkat dan bilas dengan air panas, kemudian air sejuk.
Toskan airnya sehingga kering. (Boleh gunakan towel untuk keringkan air dari bilasan snow peas ini tadi).
Panaskan kuali dengan dua sudu minyak. Masukkan bahan A dan goreng hingga wangi.
Masukkan cili padi dan cili kering. Kacau rata.
Kemudian masukkan sos dan kacang peas tadi. Kecilkan api, kacau rata dan masukkan pemekat.
Hidang semasa panas.
Panduan
Tujuan mengoreng snow peas dan bilas dengan air panas kemudian dengan air sejuk supaya warna hijaunya kekal segar. Ini secara tidak langsung membuatkan snow peas separuh masak, oleh itu usah di biarkan lama sesudah masukkan sos semasa menggoreng, nanti ianya menjadi lembik dan kurang enak.