From: Pak Amir Pak Dollah | [email protected] |
Sayur Asparagus Bersama Daging Berlada Hitam
Bahan - bahan :-
300gm sayur Asparagus
400gm daging 'potong pinang' dihiris nipis
Bahan-bahan untuk di Perap (A)
2 camca besar kicap manis
1 camca besar air halia muda
2 camca besar sos tiram
1 camca besar tepung jagung
2 camca kecil gula halus
3 ulas bawang putih dicingcang halus
1 camca besar serbuk lada hitam
Minyak untuk mengoreng
1 camca besar bijan yang digoreng
1 biji cili merah dihiris nipis untuk hiasan
Sedikit daun ketumbar, bawang dan lobak untuk hiasan
Cara-cara membuat
  • Didalam mangkuk gaulkan daging bersama-sama bahan (A) dan diperap selama satu jam
  • Susunkan Asparagus didalam pinggan lalu dikukus selama 5 minit
  • Sementara itu panaskan minyak didalam kuali, gorengkan daging tadi sambil disusun selapis-selapis.
  • Goreng seminit sahaja kedua bahagian daging tadi sambil dibalik-balikan
  • Susun Asparagus didalam pinggan dan hiaskan daging dibahagian atas bersama-sama cili, daun ketumbar, bawang dan lobak. Tabur bijan diatas

    Bila masa makan tu jangan lupa akan Pak Amir. Selamat menjamu selera bersama ahli keluarga !

    Hosted by www.Geocities.ws

    1