From : | [email protected] |
PECAL
BAHAN2
20 gram kacang botol
2 keping tempe
2 keping tauhu keras
20gram kacang panjang
30 gram taugeh
20 gram kangkong
2 biji telur rebus
20 gram kobis bulat
10 gram bawang merah
5 gram bawang putih
5 gram halia
10 gram cekor
15 gram serai
10 gram cili padi
15 gram belacan
20 gram udang kering
50 gram kacang tanah, ditumbuk
air asam jawa secukupnya
CARA MEMBUATNYA
Kacang botol,kacang panjang, kangkung dan kubis dihiris halus.kemudian
dicelur dan ketepikan dahulu
Tempe dan tauhu digoreng dan dihiris.ketepikan juga
Bawang merah, bawang putih, halia dan serai di potong halus. Cekor,
udang kering dan cili padi di goreng garing
Kisar semua bahan2 tadi bersama belacan dan kacang tanah yang telah
digoreng. Gaulkan bersama air asam jawa dan tambahlah bahan perasa
jika mahu.jgn lupa garam secukup rasa
Hidangkan sayur2an, tempe,tauhu,dan telur rebus yg telah di belah enam dgn
kuah kacang tadi