From: Pak Amir Pak Dollah | [email protected] |
SAYUR LABU MUDA MASAK SUHON UDANG KERING ALA KANTONIS
· Buah labu muda sais sederhana biji (buah hijau yang berbulu-bulu gituh) dipotong bulat-bulat setebal 1/2 inchi (macam potong timun nasi ayam gituh).
· Selepas memotong bulat-bulat banyak keping, potong lagi memanjang melintang selebar 1/2mm gituh (macam potong timun buat laksa gituh tapi lebar sikit lagi dari potongan timun buat laksa tu).
Bahan-Bahan :
Udang kering segengam besar tanyan - Basuh dan rendam dalam air selama 3 minit.
Suhon 1 peket ( RM0.60 ) - Rendam selama 5 minit sehingga lembut.
2 sudu besar Sos Tiram
3 sudu besar Minyak masak
1 - 2 cawan Air
5 ulas Bawang putih - dicincang hancur
2 inchi Halia - sebesar ibu jari ditumbuk (untuk buang rasa hanyir udang kering dan tambah rasa enak makan)
2 biji Cendawan hitam - rendam sehingga kembang dan lembut (selama 3 - 5jam) dan dihiris.
Cara Memasak
  • Panaskan minyak masak
  • Tumis bawang putih yang dicincang.
  • Masukkan halia, cendawan hiris dan udang kering, tumis sehingga bau wangi.
  • Masukkan kepingan buah labu yang telah disediakan seperti dijelaskan diatas, tumis selama 1 minit.
  • Masukkan sos tiram dan tumis sebentar.
  • Masukkan air secukupnya - cukup-cukup rendam sama paras masakan dalam kuali yang ada, janga terlalu penuh air nanti kuahnya cair. Tutup kuali selama 1 minit.
  • Buka penutup, masukkan suhon dan kacau selama setengah minit.
  • Angkat dan hidang dengan nasi panas.
    TIPS :
    Hidangan untuk 4 orang makan. Resipi ini berkuah dan jika kering nanti suhon meresap jadi tak sedap. Elok air rendam cukup menutup permukaan masakan kira molek dah! Tapi hasilnya tidak cair macam air, ianya sedikit pekat macam kuah mee bandung gituh.
    Hosted by www.Geocities.ws

    1