Kailan Goreng Udang Ala Cina
Bahan A
250 gm Sayur Kai-Lan (RM1.20) -Dipotong 3 bhgn
(Bahagian kepala sayur dihiris nipis 3 mm)
6 Ekor Udang Sais Sedang (RM6.00)
*Dibuang kulit dan tinggalkan ekor sahaja
*Juga dibelah sepanjang bahagian belakang dan dibuang usus kotoran
*Diperap dgn papper & sedikit gula selama 3 minit
*Tujuan perap dengan gula ---> Untuk rasa isi udang yang lebih ranggup dan sedap
4 Ulas Bawang Putih (Ditumbuk)
2 Inci Halia (Ditumbuk)
2 Sudu Besar Sos Tiram Lee Kam Kee (Halal)
4 Sudu Besar Minyak Masak
1 Cawan Air
Cara2nya
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan Halia dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan udang dan tumis selama 30 - 45 saat.
Masukkan sayur Kai-Lan dan sos tiram, goreng selama 45 saat - 1 minit dengan api sederhana.
Percitkan sedikit air dulu di kuali, biar berbunyi " cisss " dan kemudian masukkan baki air secawan, goreng dan seterusnya tutup kuali selama 30 saat dengan api sederhana besar.
Buka penutup kuali, kacau sebentar, hidang dengan nasi panas-panas...
Resipi ini berkuah dan sangat menyelerakan sekali. Hidangan untuk 3 orang makan
SELAMAT MENCUBA