From: "Dezerin bt. Abdullah" | [email protected] |
Kek Lapis Betawi
Bahan-bahan:
20 biji telur kuning
10 biji putih telur
420 gm gula serbuk (jika guna gula pasir, blender sampai halus)
480 gm butter
270 gm tepung gandum
4 camca teh baking powder
4 camca teh rempah kuih
4 sudu besar serbuk badam
Susu pekat � tin
Cara-cara:
Adunan A
  • Pukul putih telur dengan baking powder dan campur gula sedikit-sedikit hingga putih telur menjadi gebu dan kembang.� Masukkan pula telur kuning sebiji-sebiji hingga habis.� Teruskan pukulan hingga sebati.
  • Dalam mangkuk adunan yang lain, pukul butter hingga kembang dan campurkan susu pekat.� Kacau hingga sebati.
  • Masukkan adunan 2 (butter) ke dalam adunan 1 (putih telur) dan kacau > hingga rata.
  • Gunakan teknik kaupan/balik-balikkan dengan senduk kayu, masukkan tepung sedikit-sedikit hingga habis.
  • Akhir sekali, masukkan rempah kuih dan serbuk badam dan kacau hingga rata dan sebati.
  • Sebelum itu, panas kan oven (suhu lebih kurang 250C )menggunakan api atas bawah untuk lapisan pertama.� Lapisan kedua dan seterusnya hanya menggunakan api atas sahaja.
  • Griskan loyang empat segi dengan sedikit butter dan tuangkan satu senduk adunan.� Ratakan.
  • Dengan api atas bawah bakar hingga nampak kekuningan (lebih kurang 45 saat hingga 1 minit).� Keluarkan dan ratakan dengan sudu.
  • Masukkan sesenduk lagi adunan dan ratakan lalu dibakar lagi dengan menggunakan hanya api sebelah atas sahaja.� Ulangi proses hingga adunan habis.

    Selamat mencuba.

    Persoalan:
    From: Arneza Bt Mohd | [email protected] |

    Bukan ke ada jem/satu lagi lapisan sebelum letak bahan A & B tu utk dibakar?

  • Kemudian satulagi apa nama brand rempah kuih yg u pakai.?
    Jawapan:
    From: "Dezerin bt. Abdullah" | [email protected] |
    Tidak perlu jemkerana lapisan yang garing antara satu sama lain itu yang kelihatan macam ada jem.� Sejak saya menolong emakmembuatnya dan beliau menjual kek tersebut memang tidak menggunakan jem.� Tidaklah saya tahu jika ada orang lain yang meletakkan jem antara lapisan.� Mungkin kiter boleh minta pandangan netters lain yang mengetahuinya.
    Tentang nama brand rempah tu, saya tidak tahu pula kerana saya selalu belinya di kedai kuih Bake With Yen di Chow Kit.� Memang tiada label dibotol itu.� Cuma yang tertulis adalah rempah kuih.� Yang emak gunakan pula, dia beli di Singapura.� Sekarang ni terdapat banyak jenama yang menjual rempah kuih tersebut contoh nona dan sebagainya, tetapi keharuman rempah tersebut ajer yang kureng atau pun lain.
    Hosted by www.Geocities.ws

    1