Kek kukus buah2an
1) From: | [email protected] |
bahan"nya
5 cawan tepung gandum
buah2an campuran-mix fruit
buah kundur - jika suka
(ketiga2 bahan diatas hendaklah digaul sebati)
5 biji telur
5 cawan marjerin
2 cawan gula halus
1 cwn gula dihanguskan bersama ½ cwn air masak
sedikit cream of tartar
sedikit bikarbonat of soda
cara2nya
pukul marjerin dan gula halus hingga kembang
masukkan telur sebiji" sehingga habis kelima" telur tersebut dan pukul lagi hingga kembang dan sebati
kemudian masukkan tepung yang telah digaul rata dengancream of tartar,bikarbonat of soda dan mix fruit tadi kemudian dikacau lagi hingga sebati.
kemudian kukus
pastikan setelah loyang diisi dengan adunan tadi, tutup dan
ikat diatas loyang tadi dengan plastik yang jernih agar titisan iar apabila
dikukus nanti tidak menitis keatas permukaan kek apabila penutupnya dibuka.
dan pastikan plastik tadi renggang daripada permukaan kek agar kek dapt kembang dan naik semahunya.
terima kasih dan selamt mencuba.......
2) From: rozitahe | [email protected] |
Bahan:
5 biji telur
1 kati tepung gandum (1 1/3 lb)
2 cawan gula halus
1 cawan gula kasar
1 kotak mix fruit
buah badam dan sedikit kulit limau(jika suka)
½ biji buah pala
2 sudu teh bicabonate of soda
4 sudu teh cream of tartar
1 tin marjerin (1 lb)
Cara :
Buah pala ditumbuk dan diayak ke dlm tepung.
Mix fruit + buah badam + kulit limau digaul dgn sedikit tepung
( spy tak melekat dan buah tidak mendap ke bawah ).
Bicabonate of soda dan cream of tartar digaul bersama tepung.
Marjerin dipukul dengan gula halus sehingga kembang. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dgn mix fruit.
Gula kasar dimasak sampai kuning dgn 1 cawan air. Kemudian masukkan ke dlm aduan tadi. Kacau hingga sebati (kat sini.. kena kacau cepat2
agar gula yg dimasak tak sempat jadi keras).
Kemudian kukus hingga masak selama 4 jam.
selalunya saya kukus dlm tin biskut yg bulat yg bertudung tu... ni boleh elakkan air masuk ke dlm adunan semasa dikukus. Nak elok lagi ikat tin tu agar tudung dia
tak terbukak time masak nanti.. sbbnya kalau masuk air kek akan jadi lembik. Lagi satu stand by air panas utk tambah dlm kukusan nanti.. al maklum ler kena kukus selama 4 jam...Selamat mencuba
3) From: Soochipto,Soephy S. | [email protected] |
Bahan-bahan:
500gm mentega
650gm tepung gandum
270gm gula castor
5 biji telur besar
2 sudu teh rata Bicarbonate of Soda
2 sudu teh rata Cream of tartar
¼ sudu teh serbuk buah pala
1 sudu makan chocolate paste (jika suka)
800gm buah2an campuran
2 sudu makan Sunquick lemon atau orange
250gm gula dihanguskan atau 250ml golden syrup
Bahan-bahan:
Buah2an campuran, lemon sunquick dan sedikit tepung gandum disatukan dan ditepikan.
Gula dimasak dalam kuali sehingga hangus atau kekuning emas.
Mentega dan gula dipukul hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga kembang dan putih.
Masukkan tepung gandum, bicarbonate of soda, cream of tartar, serbuk pala, chocolate paste dan buah2an dan digaul rata.
Akhir sekali masukkan gula hangus dan digaul cepat cepat sehingga rata.
Tuang adunan kedalam loyang ukuran 10 x 10 x 3 yang telah dialas kertas dan disapu mentega.
Dikukus selama 4 jam.
Tips:
Sebaiknya buah2an dicampur sedikit tepung supaya rata bila dikukus nanti. Jika tidak, buah2an akan turun dan mendak di bahagian bawah kek.
Gula hangus sebaiknya dibuat setelah adunan kek siap dan dituang langsung kedalam adunan kerana ianya cepat keras.
Golden syrup boleh digunakan tetapi tidak sewangi gula hangus.
Tutup pengukus sebaiknya dibalut dengan tuala bersih supaya air tidak menitik kedalam kek.
Air rebusan harus ditambah dengan air panas jika kurang, jangan sampai kekeringan air atau kek tidak menjadi.
Selamat mencuba,