Biskut Tat Nenas
1) From: noraini | [email protected] |
Bahan-bahan
1kg. tepung gandum
2 senduk tepung jagung
kedua-dua tepung diayak bersama
2 senduk gula halus
2 buku butter, especially SCS yang masih sejuk
2 biji kuning telur, dipukul
air ais secukupnya
Jem nenas yang kental secukupnya
Cara Menyediakannya
  • Campurkan gula halus ke dalam tepung.
  • Butter dipotong kecil-kecil dan digaul ramaskan ke dalam tepung hingga menjadi breadcrumb.
  • Masukkan kuning telur dan aduk hingga sebati dan menjadi sebuku doh.� Sekiranya masih berderai, tambahkan sedikit air ais.
  • Uli sehingga menjadi sebuku adunan.
  • Bungkuskan dalam plastik dan simpan dalam peti ais kira-kira dua jam sebelum dicanai.
    Bahan-bahan utk jem nenas (untuk dua adunan)
    3 biji nenas masak
    2 cawan gula pasir
    1 biji limau nipis, ambil airnya
    5 kuntum cengkih
    1 inci kulit kayu manis
    1 helai daun pandan
    Cara Membuatnya
  • Nenas diparut dan diperahkan airnya.
  • Masukkan ke dalam kuali bersama air limau nipis, cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan.� Kacau hingga kering.
  • Kemudian masukkan gula dan terus dikacau lagi hingga kental.� Sejukkan sebelum digunakan.

    Selamat mencuba


    2) From: Suzana Johari | [email protected] |
    Bahan-bahan
    1 ketul butter cup
    2 cawan tepung gandum
    5 sudu makan tepung jagung
    3 sudu makan gula aising
    2 sudu makan susu tepung coffe mate
    1 biji kuning telur
    sedikit esen vanila
    Cara :
  • Pukul butter dan gula hingga putih
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila. gaul hingga sebati.
  • Masukkan bahan yang sudah di campur tadi - tepung gandum. tepung jagung dan susu tepung.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika adunan nampak lembik, tambah sedikit tepung gandum.
  • Terap dengan acuan tart - bubuh jem dan gulung kemas .
  • Sapukan atas tart dengan kuning telur dan boleh lah dibakar.

    Selamat mencuba....

    Hosted by www.Geocities.ws

    1