From: "Jantan, Roszita B." | [email protected] |
Bergedil Ikan Tenggiri
Bahan
500gm isi ikan tenggiri (blh ditukar dgn ikan lain atau daging)
5 biji ubi kentang (direbus dan dilecek)
1 camca teh rempah kari ikan
1 biji telur
sedikit garam
sedikit daun bawang (dicincang)
sedikit daun ketumbar (dicincang)
Cara membuatnya
  • Semua bahan-bahan di atas dicampurkan kecuali telur.
  • Apabila telah sebati, bentuk bulat-bulat dan celupkan dengan telur dan kemudian digoreng.
  • Boleh dimakan dengan sos.

    SELAMAT MENCUBA

    Hosted by www.Geocities.ws

    1