Sate daging
Bahan-bahannya:-
1 kilo Daging lembu batang pinang
10 batang Serai
kunyit powder,
5 sudu Gula,
2 sudu garam
3 sudu kacang tanah di goreng dan ditumbuk
Cara-caranya:-
Daging di potong halus. Perap dengan gula, serai blend, kunyit, kacang, garam selama 6 jam. Cucuk dan bakar.
Kalau hendak goreng pula.
Daging yang di perap tadi masukkan kedalam kuali dan masak dengan api perlahan. Air daging akan keluar banyak. Masak sehingga air kering.
Apabila air kering, masukkan minyak 1 cawan dan goreng goreng 10 minit.
Akhir sekali masukkan santan pekat 1 cawan.
Goreng tu biar lama supaya tahan lama.
Sambil-sambil tu rasalah masin dan manisnya.
Kalau suka masukkan aji sedikit.
Sekian selamat mencuba.
OPTION 1 :
From: NORHAYATI WAHID [
[email protected]]
nak tambah sikit. Saya tak berapa sure resepi penuh utk sate yg mak pernah buat. Yg pasti, ada dimasukkan jintan manis
dan ketumbar yg ditumbuk halus. Rempah inilah yg membangkitkan rasa sate tu. Perap sama daging atau ayam.
Petua:
Campurkan perahan limau nipis untuk lembutkan dan mempercepatkan daging utk masak.
Masa bakar sate, gunakan serai yg diketuk utk sapu minyak kat dia. Boleh guna minyak dari atas permukaan kuah sate. Minyaktu terhasil dari minyak menumis + minyak kacang yg dimasak itu.
Selamat makan sate.
OPTION 2
From: Habsah Hashim [
[email protected]
masa bakar sate, apa yang husband saya selalu buat ialah:
dia gunakan santan pekat instead of minyak (untuk disapu kat permukaan sate masa tengah bakar) sebab santan ni akan pecah minyak, so sate tu akan berminyak le...