From | [email protected] |
Kuah Sate :
1 kilo kacang tanah (basuh dan tos, bila
sudah kering goreng dengan 1 sudu minyak, jangan buang kulitnya kerana kita akan
blend dengan kulitnya sekali)
serai 5 batang ]
lengkuas ](potong-potong blh muat 1 cawan)
250 grm Bawang merah
cili kering
gula melaka
Cara-caranya:
Bawang merah di mayang dan tumis hingga masak,
Cili kering di blend dan tumis biar masak betul sampai pecah minyak(+-30
minit).
Blend serai dan lengkuas dan masukkan dalam periok tumis tadi.
Blend kacang tanah dengan kulit-kulit dan masukkan dalam periok, biar
keadaan kuah tu cair kerana hendak masak lama, lebih kurang 2 jam.
Apabila hampir masak masukkan gula melaka 2 ketul, gula pasir 4 sudu dan
garam 3 sudu.
Apabila kita padam api akan kelihatan
minyak di permukaan kuah itu menandakan sudah masak betul. Boleh tahan 2, 3 hari kena perhangat laaaa.