From: izana ibrahim | [email protected] |
Pergedil Daging
250 gm daging (daging batang pinang seeloknya) di cincang halus
500 gm kentang
2 biji telur
1 sudu lada sulah
1 biji telur di pukul
minyak untuk mengoreng
5 biji bawang merah di tumbuk lumat
3 biji bawang putih di tumbuk lumat
Bahan-bahan di hiris
5 biji bawang merah
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Cara Membuatnya
  • Kentang di rebus hingga empuk, buangkan kulitnya dan di lenyek hingga lumat.
  • Daging di goreng terlebih dahulu dengan bawang merah dan bawang putih yang telah di tumbuk lumat.
  • Goreng hingga masak - kekuningan.
  • Gaulkan dengan bawang yang telah di hiris, kentang dan daging hingga sebati bersama dua biji telur juga lada sulah.
  • Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yang telah di hiris.
  • Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan.
  • Celup dalam telur yang di pukul dan goreng dalam minyak penuh sehingga masak dengan api yang sederhana.

    Enak di makan bersama nasi panas.


    BEGEDIL DAGING
    Bahan - bahan
    satu mangkuk daging cincang (atau ayam)
    satu mangkuk kentang yang telah dikupas dan dihiris 1/2 cm
    serbuk lada putih
    garam secukup rasa
    3 sudu bawang goreng
    5 tangkai daun sup - dihiris
    putih telur
    Cara :
    1. goreng kentang hingga lembut tapi tak perlu garing (tujuan digoreng ialah supaya ia mudah melekat). tumbuk kentang tersebut
    2. goreng daging dengan sedikit minyak - agak-agak 3/4 masak je
    3. satukan semua bahan
    4. kepal ikut suka hati samada sebesar telur puyuh atau sebesar telur ayam
    5. celupkan ke dalam telur putih yang telah dipukul bersama sedikit garam
    6. deep fry
    Hosted by www.Geocities.ws

    1