From: ALONG, QUAN-TAN.
BAKAR BAWANG PUTIH CINCANG ALA VIETNAM
500g udang sederhana besar
1 sudu teh jus halia
2 sudu besar mentega
secubit lada hitam
(A)
3 sudu teh bawang putih cincang
1 sudu teh bawang merah cincang
1 sudu teh halia parut
1 sudu teh cili merah dadu
1 sudu besar daun bawang cincang
1 sudu besar sos tomato
(b)
1 sudu teh mentega
1/2 sudu teh gula
1/3 cawan stok ayam
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh tepung jagug
sedikit minyak bijan

  • Buang kulit dan urat udang basuh dan keringkan dengan tuala kertas.
  • Perap udang dengan jus halia dan lada hitam selama 5 minit.
  • Tos udang, ambil lebihan air tos campur dengan tepung jagung.
  • Letak udang pada rak tinggi sapu dengan minyak.
  • Masak gunakan MICROWAVE + GRILL pada tahap kuasa MEDIUM HIGH (70%) selama 6 - 8 minit.
  • Cair mentega di dalam pinggan pada tahap HIGH selama 30 saat- 1 minit.
  • Campurkan mentega dengan bahan A.
  • Tutup dengan tuala kertas dan masak pada tahap HIGH selama 1 1/2 minit.
  • Campur udang dengan bahan B dan kacau.
  • Tutup dan masak pada tahap HIGH selama 30 saat- 1 minit.
  • Hidang segera.
    PETUA/TIPS UDANG BAKAR BAWANG PUTIH CINCANG ALA VIETNAM
    Untuk membuang bau udang dalam ketuhar, letakkan sekeping hirisan limau di dalam mangkuk berisi air dan panaskan pada tahap HIGH selama 3-4 minit. Kemudian lap wap tersebut.

    SELAMAT MENCUBA YER!....

    ALONG. QUAN-TAN.

    Hosted by www.Geocities.ws

    1