From: "Saleh, Rita Mohd" | [email protected] |
ACAR TIMUN
BAHAN BAHANNYA : (A)
2 biji timun } di potong memanjang
1 biji lobak merah } dipotong memanjang
3 biji cili merah } dibelah dua
3 biji cili hijau } dibelah dua
1 @ 2 biji bawang besar } di belah empat
Kesemua bahan bahan ini direndam dalam air kapur. Ini adalah untuk meranggupkan bahan bahan diatas supaya tidak lembik semasa dimasak.
Bahan bahan untuk ditumis:- (B)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
50 sen udang kering @ ikan bilis } ditumbuk
6 biji bawang merah } dihiris
3 biji bawang putih } dihiris
1 inci halia } dihiris
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 sudu besar kerisik
1 sudu cuka
Garam & Gula secukup rasa
Cara caranya :
1-Toskan bahan bahan (A) dan di bilas terlebih dahulu
2-Tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang, bahan bahan (B) yang telah dihiris dan ditumbuk tadi bersama kunyit serta jintan manis sehingga agak kekuningan
3-Kemudian masukkan kerisik, garam, gula dan cuka sambil dikacau hingga sebati
4-Masukkan bahan bahan (A) yang telah ditoskan tadi , kacau sebati selama 2 @ 3 minit kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba.

Hosted by www.Geocities.ws

1