From: "Abu Hassan Ramli, Jamilah" | [email protected] |
ACAR REMPAH
Bahan- bahan
3 camca besar ketumbar biji
1 camca besar lada hitam
2 cm kulit kayu manis
1 camca besar jintan kasar
2 bunga lawang
Semua bahan diatas dibasuh bersih,dijemur kering dan dikisar halus
1 camca besar halba
1 camca besar biji sawi
6 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
2cm kulit kayu manis
2cm halia dihiris
2cm kunyit hidup ditumbuk halus
10 ulas bawang merah ditumbuk halus
6 ulas bawang putih dihiris dan ditumbuk halus
1 camca belacan ditumbuk halus
1 camca besar udang kering ditumbuk
2 camca besar ikan bilis ditumbuk
150gm udang kecil
2 camca besar kerisek kelapa
1/3 cawan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit Minyak Vesawit untuk menumis
Bahan-bahan sayuran
2 biji timun dibuang tengahnya, dikerat sepanjang 3cm dan direndam
didalam air garam sebentar
2 batang lobak dikerat sepanjang 3cm
4 cili merah dan hijau dibelah dua
2 labu bawang besar dibelah empat
Cara-cara membuat
  • Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan halba, biji sawi, rempah penumus (pelaga, lawang dan kulit kayu manis) bawang merah, bawang putih, kunyit, belacan dan halia. Gorenglah sampai wangi
  • Setelah itu masukan udang basah, udang kering dan ikan bilis digoreng sampai wangi.
  • Masukan timun serta sayur-sayuran yang lain bersama-sama rempah yang dikisarkan
  • Gaulkan sayur-sayur ini bersama kerisek, cuka ,garam dan gula dan dimasak 5 minit lagi

    NOTA:
    Acar ini sebaik-baiknya disajikan sehari selepas disediakan untuk mendapat rasa yang lebih enak.

    Hosted by www.Geocities.ws

    1