From: Nurul Izzah [
[email protected]]
Chocolate Mousse 1
Bahan-bahan:
Resepi ini saya dapat dari seorang kawan. Boleh cuba, sebab all my sisters + friends kata memang sedap tapi kalau nak dibandingkan dengan yang terdapat di hotel-hotel tu tak tahulah saya, cubalah dahulu kemudian evaluatelah, Ok.
250g butter, any brand will do (satu buku)
400g gula halus (gula biasa yang halus pun boleh guna juga, not necessary castor sugar)
6 biji telur (telur dibasuh dahulu untuk mengelakkan kek berperisa ????? ayam)
3 cawan tepung gandum naik sendiri
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu (kalau suka gunakan 4 sudu susu tepung dan bancuhkan di dalam 1 cawan air)
1 cawan air panas
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Topping:
250 g coklat bar kurang manis
100 ml whipping cream (1/2 kotak kecil)
caranya:
campurkan tepung, soda, baking powder dan garam
campurkan serbuk koko dengan air panas, dikacau hingga larut, dan campurkan dengan susu
pukul butter dengan gula, bila dah naik (warna putih) campurkan telur sebiji demi sebiji.
masukkan vanilla, kacau rata, masukkan tepung dan campuran koko berselang-seli sampai habis.
ratakan butter pada loyang (25 x 25 x 7 cm), taburkan tepung. Lapikkan dasar loyang dengan kertas minyak. (kertas ni amat perlu kerana kek ni sangat lembut dan gebu, kalau tak lapik ia akan melekat dan pecah)
Bakar pada suhu 180oC selama 2.5 - 3 jam (suhu perlu sentiasa selaras kerana kalau suhu tinggi sangat, kek jadi padat dan tidak lembut dan jadi macam kek coklat biasa le, tak jadi lembab dah). Oven elektrik lebih baik kerana suhunya dapat dikawal dengan lebih tepat.
Bila dah masak, biar sejuk dahulu, keluarkan dari loyang. Letak topping keliling dan taburkan coklat urai.
cara sediakan topping:
Cairkan coklat bar di dalam kukus air (didihkan air dalam periuk besar, masukkan periuk yang lebih kecil)
Gunakan api kecil supaya coklat tidak terlalu kering. Masukkankan whipping cream, kacau sebati dan sedikit pekat.
Keluarkan, dan sedia untuk topping.
Bila dah complete beratnya lebih kurang 2 ++ kg. Besar dan sedap. Cubalah.
From: saloha bt samat [
[email protected]]
Chocolate Mousse 2
Bahan-bahan:
625 gm Coklat masak
225 gm Marjerin
325 Tepung Naik sendiri
500 ml air sejuk
secubit garam
250 gm gula
3 biji telur.
caranya:
Masak coklat bersama marjerin hingga cair masukkan air sejuk dan kacau sehingga rata. Biarkan ia sejuk.
Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang. Masukkan garam. Selepas itu masukkan tepung naik sendiri dan coklat tadi
berselang seli. Bakar pada suhu 170 darjah celsius.
Anda akan dapat sebuah kek coklat yang teramatlah lazatnya.
Soalan:
From:[
[email protected]]
saya ingat bertanye, kalau resipi ini telah menggunakan tepung naik sendiri
perlu ke kita tambahkan lagi baking powder...???
------------------------------
Soalan:
From:NORSILAH ABDULLAH[
[email protected]]
assalamualaikum
saya ini nak bertanya sedikit; untuk membakarnya selama 2.5 hingga 3
jam.... Tidakkah terlalu lama dengan ketinggian suhu 180 . Tak ke hangus kek
tu
Harap dapat tolong jawab kemusykilan saya
Jawapan:
Assalamualaikum wbt
Insyallah tak hangus sebab resepi kek yang saya beri tempohari adalah untuk
yang beratnya up to 2 Kg. Besarkan.... Jadi tempoh bakar tu memadai. Harap
dapat mencubanya sebab rasanya memang sedap.
Nurul Izzah Ahmad
Soalan:
From:Maizatul Aini Ahmad [
[email protected]]
Assalamualaikum,
Saudari Misleha boleh tak saya tanya sikit, macam mana saya nak
adjust oven. sebab oven saya cuma ada control api atas/bawah
je tak de suhu. saya bakar kek selalu hangus. kalau pakai api bawah
aje lambat sangat pulak sampai 3/4 jam. kalau pakai atas bawah
terus hangus tapi tengah tak masak. pakai atas saja lagi cepat hangus
tapi bawah tak masak (cair).
Harap boleh membantu. Terima kasih.
Jawapan:
SEBENARNYA NAK BAKAR CHOCOLATE KEK INI, BEGINI CARANYA, PANASKAN OVEN
SELAMA 10 - 15 MINIT, KEMUDIAN MASUKKAN KEK TADI DENGAN SUHU 170 SELAMA 1/2
JAM KEMUDIAN PELAHANKAN KEPANASANNYA KEPADA 150, BARU CANTIK JADINYA, DAN
SEDAP...SELAMAT MENCUBA.
[email protected]
Soalan:
From: Maizatul Aini Ahmad [
[email protected]]
Assalamualaikum,
Saudari Saloha, saya nak tanya sikit .....
1) Air sejuk tu guna air paip je ke atau air yg dah masak.
2) Coklat yg dimasak dgn marjerin tu perlu ditambahkan air.
Lepas tambahkan air perlu dimasakkan lagi ke atau
cuma gaulkan air tu buat air coklat.
3) Boleh tak kalau kita gantikan air dengan susu cair.
Adakah ianya akan bertukar rasa ???
4) Untuk 625g cooking coklat tu diperlukan 3 keping lebih.
Tak banyak sangat ke atau boleh dikurangkan sedikit.
5) Perlu bubuh topping lagi tak
Sorrylah banyak soalan. Saya dah ada cuba buat kek coklat tapi
keknya keras sedikit. Toppingnya dah okey.
Last question saudari ada tak resepi kek butter/vanilla.
Terima kasih.