From: Khatijah Hassan [
[email protected]]
BISKUT - CORNFLAKES MADU
Bahan A
1 kotak cornflakes
2 sudu besar planta
3 sudu besar gula pasir
1 botol madu lebah (Australia honey - dijual dikedai kek)
bijan,kacang tanah,badam (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
ceri merah/hijau (untuk hiasan)
paper cup
Cara2nya
Cairkan planta + gula, kacau rata, masukkan cornflakes,
Kemudian sira dgn madu lebah kacau perlahan, diatas api perlahan.
Taburkan bijan,kacang tanah, badam (yg telah ditumbuk kasar)
Masukkan didlm paper cup semasa masih panas, hias dengan ceri merah atau hijau.
OPTION 1
Digantikan dgn madu jenis lain pun boleh, madu ni pekat, untuk 1 kotak kecil cornflakes - 250gram madu. Kalau kurang madu, cornflakes tak melekat, boleh berderai.
OPTION 2
sesudah mencairkan planta dan gula diatas api yg sederhana, masukkan cornflakes, kemudian baru masukkan madu dan kacau rata semua sekali, tak payah dibakar. Bila dah sejuk boleh terus dimakan.
From: [
[email protected]]
Biskut corn flakes madu
Bahan2:
6 cawan corn flakes
3/4 cawan gula castor
1/2 cawan mentega
4 sudu besar madu
1 sudu teh esen vanila/ros
1 cawan bijan
1 cawan kacang / gajus/ almond
cholocolate rice / manisan manik
Caranya:
Panaskan mentega, gula, esen & madu di atas kuali dgn api yg
sederhana hingga cair & sebati.
Ramaskan cornflakes tapi jangan sampai hancur.
Lepas tu gaulkan semua bahan2 tadi dalam 1 mangkuk besar.
Masukan kacang & bijan.
Gaul rata.
Bila dah rata bolehlah masuk dalam paper cup yg telah disapu sedikit majerin (nak elak dari melekat).
Bolehlah tabur chocolate rice / manisan manik di atas.
Bakar dalam 5-8 minit.
Agak2 dah masak bolehlah angkat.
OPTION 1
From: [
"siti Jasniah" [email protected]]
bahan-2
� cawan mentega
� cawan madu
1 sudu makan gula
4 cawan cornflakes
� cawan kacang yg telah digoreng tanpa minyak (buang kulit)-tumbuk kasar
cara-2
Mentega, madu dan gula dimasukkan ke dalam periuk.
Masak dengan api yg kecil, kacau sehingga mentega cair.
Cornflakes dan kacang dicampurkan ke dalam mangkuk.
Tuangkan bancuhan mentega dan madu tadi kedalam mangkuk yg berisi cornflakes dan kacang
tadi. Gaul rata dan masukkan dlm cawan kertas menggunakan sudu makan.
kemudian susun dalam loyang dan bakar selama lebih kurang 10 minit.
sekian.
selamat mencuba.
OPTION 2
From:
"Rosenajehah Mohamed [email protected]" [email protected]]
Saya ada dua resepi Honey Cornflakes yang berbeza.
Resepi 1:
1 kotak cornflakes yang saiz besar
1 buku buttercup
1 botol madu (size biasa)
1 tin susu pekat (375 ml - yang pendek)
1 tin kelapa kering
1 cawan badam keping
1 cawan gajus - dicincang
Cupcakes
Cara:
Cairkan butter sampai betul-betul cair
Masukkan madu, susu pekat - kacau rata
Masukkan cornflakes, kelapa, badam dan gajus.
Kacau rata dan angkat
Masukkan dalam cupcakes dan bakar semula di dalam oven.
Resepi 2:
1 kotak cornflakes
1 botol madu
2-3 sudu gula pasir
1 mangkuk badam keping
Cara:
Cairkan madu dan gula
Setelah betul-betul cair masukkan cornflakes dan badam
Kacau rata dan angkat
Masukkan dalam cupcakes dan bakar