From: "Jantan, Roszita B." | [email protected] |
kek suji (semolina)
Rasanya lain sedikit daripada kek yang diadun mengunakan tepung gandum atau tepung kek. Sementara itu pemilihan butter juga memainkan peranan kerana ia akan "menaikkan" aroma kek tersebut.
Bahan-bahannya:
5 biji telur
50gm tepung naik sendiri (diayak)
250gm butter
1 cup castor sugar
200gm tepung semolina (suji)
sedikit badam hancur / kepingan badam (pilihan sendiri)
1 camca the essen vanila
Caranya:
1. Pukul butter & gula castor hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji dan dipukul rata.
3. Masukkan badam hancur @ kepingan badam.
4. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung suji.
5. Bakar pada suhu 180 c selama 45 min - 1 jam.
Hosted by www.Geocities.ws

1