From : | [email protected] |
Kek Coklat Minyak
Bahan2nya :
2 Cawan gula (ikut suka kalau tak suka manis boleh kurangkan)
2 Biji Telur Ayam
1 3/4 cawan Tepung Gandum }
1/2 Cawan Serbuk Koko } Diayak sama
1 1/2 Sudu Teh Baking Powder }
1 1/2 Sudu Teh Bikarbonat }
1/2 cawan Minyak Masak (apa-apa jenis pun boleh)
1/2 Tin Susu Cair
1 sudu Teh Vanila
1 Cawan Air Panas (yg baru lepas masak)
Caranya :
  • Kacau gula & Telur sekadar sebati sahaja (jgn kacau lama dlm 4-5 kali kacau cukup - cuma utk buat gula & telur sebati
  • kemudian tuangkan susu cair & vanila kacau 1-2 kali utk sebatikan lepas tu tuangkan minyak masak kacau sebati
  • Bila dah sebati tuangkan tepung yg telah diayak bersama serbuk koko, baking powder & bikarbonat sedikit sedikit kacau sebati
  • Bila dah sebati adunan tadi (tak ada nampak tepung lagi) tuangkan air panas (air yg betul2 lepas mendidih) kacau 2-3 kali tuang dalam acuan terus dibakar (jgn tunggu). bakar selama 45 minit ke 1jam
  • Bila sejuk baru dipotong

    Selamat Mencuba & kepada sapa2 yg dah cuba nanti beritahu nisha macam mana ye..


    OPTION :
    From : [[email protected]]

    Saya cuma nak kongsi pengalaman buat kek coklat nie... saya rasa kek kak Zainon tu mampat sebab adunan kek tu kurang tepung dan adunan tersebut menjadi sedikit cair
    Cuba kak Zainon tambahkan tepung sikit biar adunan tu sedikit likat� dulu saya buat pun camtu jugak, kek mampat bahagian bawah. Alhamdulillah kek saya menjadi dan lembut sekali selepas saya tambah tepung.

    Dulu kek saya asyik turun selepas sejuk, masa dah masak tu bukan main lagi naiknya... geram pulak.. lastly saya tukar tepung gandum dengan tepung naik sendiri... barulah ok.. sekarang kek coklat yg saya buat memang dapat pujian dr keluarga la... hehehe masuk bakul angkat sendiri jap...

    Hosted by www.Geocities.ws

    1