From: [[email protected]]
KEK GULA HANGUS 1
Bahan - bahan
5 biji telur
1/2 cawan magerin (dicairkan)
1 cawan gula (1/2 dihanguskan + 1 cawan air, 1/2 lagi dipukul dgn. telur)
1 cawan tepung gandum
1 sudu/t soda bikarbonate
Cara :
Hanguskan gula sehingga keperangan, apabila gula dah hancur campurkan air.
Telur dipukul bersama dgn. � cawan gula hingga kembang. Masukan majerin yang dah dicairkan kedalam gula yang dihanguskan tadi, selepas itu dicampurkan kedalam telur yang dipukul tadi.
akhir sekali masukan tepung bersama soda bikarbonate kedalam adunan �gaul rata.
Boleh lerr dikukus sehingga masak. (Biasanye ia mengambil masa yang lama untk. masak).
From: Saleh, Rita Mohd [
[email protected]]
KEK GULA HANGUS 2
Bahan - bahan
300 ml Air
2 cawan gula
6 biji telur
5 sudu besar planta
2 sudu teh bikarbonat
260 gram tepung gandum
1 tin susu cair carnation
Cara :
Untuk buatkan gula hangus. Ambil 1 cawan gula di goreng hingga perang.
Kemudian masukkan air kedalam gula yang digoreng hingga perang tadi dan biarkan mendidih seketika. Sejukkan
Mesin telur dan gula hingga kembang.
Campurkan susu cair dan planta dan dimesin lagi.
Semasa mesin sedang berputar masukkan bikarbonat dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga sebati.
Apabila sudah sebati tuangkan kedalam loyang yang telah disapukan planta kemudian perap selama 4 jam.
Kukus atau bakar selama lebih kurang 45 minit - 1 jam.
Selamat mencuba.
OPTION 1:
Jika tidak diperap selama 4 jam, apabila dikukus atau dibakar kek tersebut tidak akan naik dengan cantik dan gebu serta bersarang.
OPTION 2:
From: [[email protected]]
kalau ikutkan resipi saya, last sekali baru masukkan gula hangus tersebut dan kacaukan semula hingga rata.