From : [[email protected]]
Kek - Marble Cheese Cake
Bahan A
185 gm. Mentega
¼ cawan serbuk koko
1 cawan gula castor
1 cawan tepung halus (superfine flour)
2 biji telur
Bahan B
250 gm. Cream cheese
½ cawan gula
½ cawan air
1 sudu kecil esen vanila
½ sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur
Cara-caranya :
- Cairkan mentega dan serbuk koko. Biarkan ia sejuk sebentar. Pukul mentega
+ serbuk koko tadi dengan gula dan masukkan telur satu persatu , next
masukkan tepung gaul sampai sebati kemudian tuang adunan ke dalam loyang.
- Pukul cream cheese dengan gula dan esen vanila sampai kembang kemudian
masukkan telur dan pukul lagi. Selepas itu tuangkan keatas adunan no.
1 tadi buat seperti marble, kemudian bakar sampai masak (lebih kurang 40
min).