From: [[email protected]]
Sambal Isi Ikan
Wa'alaikumsalam.
Biasanya yang saya buat adalah seperti berikut :
Bahan-bahan :
1 biji Kelapa diparut - kalau nak lebih atau kurang & sebagainya terpulang, bergantung kepada jumlah ikan.
3 - 4 ekor ikan cencaru - saiznya agak besar. Ikan cencaru sedap dibuat masakan sebegini.
6 biji Cili merah ditumbuk - cili besar, cili padi dan sebagainya - ikut pilihan, kalau nak pedas, lebihkan jumlahnya.
6 biji Bawang merah ditumbuk
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Cara-caranya:-
Kelapa parut, cili dan bawang yang telah ditumbuk, air asam jawa dan garam digaulkan sekali.
Ikan tadi selepas disiang, belah belakangnya (jangan putus) sehingga ke dalam badannya lebih kurang 1-2 inci, ikut saiz ikan.
Sumbatkan bahan-bahan yang telah dicampur tadi ke dalam belahan tadi.
Kemudian ikat ikan tadi dan bolehlah dipanggang, samada di atas kuali, letak sedikit marjerin lebih kurang 1 sudu besar, atau gunakan alat pemanggang.
Bila dah masak, boleh dimasak dengan nasi panas. Ha..bulan puasa dah nak dekat. Bolehlah cuba untuk berbuka puasa.
From : [[email protected]]
Sambal Isi Ikan
Resipi saya pula,
Bahan-bahan :
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja
2 ekor ikan cencaru
biji cili merah
inci kunyit
udang kering
biji bawang merah
limau kasturi 1 biji
daun kunyit
garam
gula sedikit
Cara-caranya:-
Tumbuk kunyit, lada, udang kering & bawang hingga lumat.
Tumbukan kelapa parut bersama 1.
Perahkan limau kasturi
Gaulkan garam, gula dan hirisan daun kunyit
Sumbatkan kepada belakang ikan dan bahagian depannya.
Ikan digoreng - minyak penuh
Selamat mencuba