'PECHEL' IKAN PARI
Bahan-bahan
satu ekor ikan pari sederhana besar
1 biji kelapa
daun cekor(kencur) + biji kencur
halia
kunyit
asam
lada cili 15 biji
bawang putih
Cara - cara
1. Panggang ikan pari ,janagn sampai garing...agalk2 masak
2. tumbuk lada cili, halia, bawang putih, kunyit, bijikencur sampai lumat
3. perah santan, masukkan dalam periuk, masukan rempah yang ditumbuk
4. carik2 ikan pari panggang tadi masukkan dalam periuk santan tadi
5. masak dengan api kecik sampai mendidih
6. masukkan asam garam dan perasa
7. masukkan daun kencur yang dah dicarik(supaya bau naik)
8. hidangkan

notes: ni resepi orang jawa, nampak macam lemak cili padi tapi bukan sebab tak pakai serai. hanya ikan pari saje sesuai dimasak begini. ikan keli boleh jugak tapi kena panggang dulu.


OPTION 1
Izinkan saya menambah sedikit resepi pechel ikan pari nie. Sebenarnya bukan ikan pari atau keli sahaja yg sesuai utk masakan nie, ikan caru dan ayam juga boleh. Memang sedap rasanya..bagi yg tak pernah mencuba, cubalah. caranya sama juga. ikan caru di bakar terlebih dahulu tapi jgn sampai kering sgt, di buang kulitnya manakala ayam pula bolehlah digoreng separuh masak. memang sedap masakan pechel ni, tapi kena tengok tangan jugaklah. satu lagi, kalau malas nak panggang ikan keli tu, goreng pun boleh...tapi jgn terlalu garing nanti dah kurang kesedapannya...Kalau di tempat saya, daun kencur di tumbuk sekali dan tidak menggunakan kunyit sbg pewarna dan utk sedap lagi, belacan jgnlah dilupa....lagilah lemak pechel nie...
OPTION 2
Ikan pari ni boleh juga diganti dengan tempe. Tempe tu kenalah dibakar terlebih dahulu kemudian ditumbuk bersama-sama bahan-bahan rempah tadi. Kalau nak sedap bubuh isi cekor sama.
Hosted by www.Geocities.ws

1