Otak-Otak
400g ikan kurau, dibuang tulang, kulit dan dibahagi 4
(A) dikisar bersama 1 sudu besar minyak masak
160g bawang besar
20g halia
10g cili kering, direndam
15g buah keras
15g serbuk kunyit
10g bawang putih
10g Lengkuas
(B)
2g daun kadok (dihiris halus)
90g santan pekat
2 biji telur, dipukul sedikit
1 sudu teh garam
Daun kadok dan Daun pisang
Cara-caranya:-
Tumis Bahan A di dalam kaserol, kacau sentiasa dan masak pada tahap HIGH selama 8 1/2 minit.
Sejukkan bahan-bahan yang telah digoreng dan masuk Bahan B. Gaul dan bahagikan kepada 4 bahagian.
letak sehelai daun kadok diatas daun pisang.(20cm x 20cm).
Ratakan 2 sudu besar campuran di atas daun, letak sepotong ikan di atas campuran dan tutup ikan dengan lebihan campuran.
Bungkus dan semat dengan lidi. Ulangi proses ini sehingga semua ikan dan campuran digunakan.
letak ikan yang telah dibungkus di dalam pinggan bujur dan tutup dengan pembalut plastik.
Masak pada tahap MEDIUM-HIGH selama 8 minit.
Selepas separuh masa, tukar posisi upaya Otak-Otak masak rata.
Hidang Segera.