From: SALWANI ALI [[email protected]]
lawa
Kalau orang Sarawak ada umei, orang Jepun ada susyi, orang Besut ada lawa.

10 ekor ikan tamban sisik diambil isinya sahaja dan dihiris nipis-nipis kemudian cincang (boleh tukar tenggiri atau parang, tapi jgn lak sampai 10 ekor)
3 tangkai kacang panjang dihiris nipis-nipis +- 2mm
sebiji lada merah dipotong
3 biji limau nipis dibelah dua dan buang biji

bahan untuk ditumbuk
7 tangkai cili kering
setangkai serai yang dah dihiris
3 ulas bawang merah
sesusu teh gula
garam secukup rasa
cara
gaulkan ikan dengan bahan yang dah ditumbuk sehingga benar-benar sebati
masukkan cili dan kacang panjang, gaul lagi
perahkan asam limau sesedap rasa dan gaul lagi
ikan akan menjadi putih bila sudah cukup asam limaunya
he he he� jangan bimbang ikan ni tak mentah.�dah masak dah tu... tak caya tanya orang Sarawak.� Cuma orang Sarawak guna asam yang lebih kao iaitu buah kelubi - bukan jeruk kelubi tapi asam kelubi. kalau di kucing memang ada terjual di pasar satok
Hosted by www.Geocities.ws

1