From :[[email protected]]
Ikan Kerapu Sweet & Sour
Ikan kerapu digoreng cara deep fry. Ikan mesti tenggelam dalam minyak. Baru isinya rasa rapuh. Agak dah kekuningan boleh la diangkat.
Bahan-bahannya:-
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit halia
( semua bahan diatas ditumbuk halus )
1 biji tomato masak - dipotong
2 biji tomato - diramas kasar-kasar
sedikit cabai mesin
air asam jawa
sos tomato
sos cili
1 ulas bawang besar - dipotong bulat-bulat
kacang peas - untuk hiasan
Cara-caranya:-
  • Tumiskan bahan yang ditumbuk halus tadi, kemudian masukkan cabai mesin.
  • Biarkan sampai pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa ( jangan terlalu pekat nanti masam sangat ).
  • Bila dah mendidih, tambahkan sedikit sos tomato dan sos cili.
  • Campurkan tomato yang diramas-ramas tadi dan kacang peas, kacau.
  • Masukkan garam dan sedikit gula.
  • Tutup api dan terus masukkan tomato yang dipotong, bawang besar yang dipotong bulat tadi.
  • Tuangkan keatas ikan kerapu tadi.

    Apa lagi makan.....yum...yum....
    Amy Yulhendri


    From : [[email protected]]
    IKAN KERAPU MASAM MANIS
    Ini adalah resipi paling ringkas dan mudah.
    Bahan-bahan :
    1 ekor ikan kerapu, dibersihkan dan dikelar-kelar.
    Sedikit garam, lada sulah, halia parut dan bawang putih yang diparut.
    Sedikit tepung jagung
    Minyak untuk menggoreng
    Sedikit sayur campur (karot, jagung dan kacang peas)
    1 biji bawang besar, dipotong bulat
    2 biji lada merah, dihiris memanjang
    2 biji tomato, dibelah 6
    1 pokok daun bawang, dipotong 1 inci panjang
    1 senduk minyak lebihan menggoreng ikan untuk menumis
    2 - 3 biji bawang putih, dimayang
    1.5 cm halia, dimayang
    1 batang serai, diketuk
    2 senduk sos tomato
    1 senduk air asam jawa
    2 sudu gula pasir atau secukup rasa
    garam dan serbuk perasa secukup rasa
    Sedikit tepung jagung dibancuh dengan 1/4 cawan air
    Cara-caranya:-
  • Gaulkan ikan dengan garam, lada sulah, halia dan bawang putih.
  • Perapkan selama 10 minit.
  • Kemudian golekkan ke dalam tepung jagung dan selepas itu digoreng hingga garing.
  • Letakkan dalam pinggan hidang dan ketepikan sementara menyiapkan sosnya.
    Untuk sosnya :
  • Tumiskan bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  • Kemudian masukkan air asam jawa, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
  • Kemudian masukkan sayur campur, bawang besar, cili merah, tomato dan daun bawang.
  • Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung dan sesuaikan rasa.
  • Curahkan kuah yang masih panas ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
  • Hiaskan dan hidang.

    SELAMAT MENCUBA.

    Hosted by www.Geocities.ws

    1