From: Pak Amir Pak Dollah [
[email protected]]
IKAN KERAPU GORENG ALA KATONIS
Ikan Kerapu 2 keping lebih kurang RM10.00 (jenis ikan besar yang berisi, tulangnya tengah-tengah sahaja membulat macam tehko tu...), dibasuh dan diperap dengan sedikit garam dan cuci bersih-bersih. Perap garam dan kemudian cuci untuk tujuan hilangkan bau hanyir ikan. Ikan tidak perlu diperap dengan apa-apa dan selepas bersihkan dengan garam, terus goreng sahaja!
Bahan A
� Minyak masak untuk mengoreng
� Halia sebesar � tapak tangan - potong halia seperti bentuk hirisan (macam potong timun buat laksa tapi nipis-nipis. Buat banyak2 sikit.
� kicap cair
Cara-caranya
Goreng ikan Kerapu (ikut suka kalau suka garing)
Selepas ikan selesai digoreng, angkat dan letak atas piring
Ambil lebihan minyak goreng ikan tadi sebanyak 4 - 5 sudu besar dan gorengkan hirisan halia sehingga keemasan.
Apabila halia selesai disediakan tadi (# 3), angkat hali dengan minyaknya sekali dan curahkan ke dalam ikan. Maka sekarang permukaan ikan atas dipenuhi dengan hirisan halia yang harum.
Curahkan satu sudu besar kicap cair ke merata minyak bersama ikan dan halia tadi.
Makan isi ikan dan cicah bersama minyak yang telah dicurahkan kicap tadi dalam piring.
Siap dihidang dengan nasi panas-panas. Dijamin menyelerakan dan anda pasti tidak pernah merasa sebelum ini!