From: Hafiza Hashim [ [email protected]]
Sambal Ikan Cencaru 1
Sambal untuk ikan cencaru nih, saya ada 2 resepi :

1) Nih mak saya punya resepi

Bahan-bahan:
Kalau ikan 2 ekor
3 ulas bwg merah ( kalau besar 2 pun cukup, tapi 3 lagi manis)
sedikit belancan
2-3 sudu cili kering yg telah diblender halus
1 ulas bwg besar - dipotong dadu atau melintang - tak kisah
1 sudu kecil asam jawa di bancuh dengan 2 sudu besar air
Cara-caranya:
Blender bwg merah, belacan dan cili kering blender sampai sebati, tumis dlm kira-kira 6-7 sudu minyak (agak-agak le...tahulah nak jaga body, tapi kalau minyak kurang sangat pun, cili tak masak and bau dan rasanya tak sedap).
Bila cili agak berbau sebab air dah tiada, tambah air - rebus pulak supaya cili betul-betul masak.� Bila dah hampir pekat semula, masuk kan separuh dari bancuhan air asam jawa, tambah gula, garam dan aji secukup rasa...rasa dulu, kalau dah cukup masam, jangan tambah lagi air asam yg telah dibancuh tadi ( setengah asam jawa sangat masam, ada yg pakai banyak tapi kurang masam - ni nasib la..).� Lepas tu tambah bawang besar potong tadi dan angkat dan sejukkan bila kuah pekat dan kemudian boleh sumbat kedalam belakang ikan cencaru. Lapas tu goreng ikan.

ii) Mak mertua punya resepi

Bahan-Bahannya:
2 ekor ikan
1 1/2 genggam kelapa parut
6-7 biji cili padi ( kalau tak suka pedas, kurangkan)
1 inci kunyit hidup - kalau kunyit jenis pucat tak kuning, boleh guna 2 inci
3 btg serai dihiris-hiris
2 ulas limau kasturi
2-3 ulas bwg merah
1 biji telur ayam
Cara-caranya:
  • tumbuk kunyit dengan garam secukupnya
  • kemudian campur serai hiris, tumbuk lagi, campur cili padi tumbuk lagi
  • lepas tu masukkan kelapa parut, tumbuk bagi rata dan sebati, pindah kan ke mangkuk/besen ( by now, lesung pun dah tak muat lagi), perah air limau kasturi
  • masukkan bwg merah hiris halus, telur ayam dan gaul sebati.
  • Kemudian boleh sumbat dan goreng.

    Selamat mencuba.


    From:  [ [email protected]]
    Sambal Ikan Cencaru 2
    Resepi 1:
    ----------
    Bahan-bahan:
    Cili kering
    bawang putih
    bawang merah
    halia sedikit
    garam, gula, cuka(air asam)
    Cara-caranya:
  • Mesinkan bahan cili, bawang merah dan putih, halia ..dengan air sedikit
  • Bergantung kepada banyak mana ikan...
    �� Cth: kalau 4 ekor ikan yang kecil
  • Ambil 2 sudu penuh bahan kisaran tadi
  • Campurkan dengan garam, gula dan cuka

    Resepi 2:
    ---------

    Bahan-bahan:
    Cabai hidup(merah)
    bawang besar
    belacan
    garam, gula, air asam(pekat)
    Cara-caranya:
  • Tumbukkan cili, belacan dan bawang (bawang biar kasar)
  • Tambahkan perasa di atas...
  • Perapkan ikan dengan kunyit,� isikan dengan sambalnya... perap seketika
  • Gorengkan agak garing sedikit...


    From: [email protected] [ [email protected]]
    Sambal Ikan Cencaru 3
    ini resepi yang selalu saya gunakan..
    Bahan-bahan:
    cili kering
    bawang besar
    bawang putih
    garam..
    sedikit udang kering
    dan boleh juga dimasukkan pati ikan bilis..
    Cara-caranya:
  • kesemua bahan di atas diblend atau digiling...
  • Macam Ibu mertua saya..dia suka masukkan sedikit kelapa..sedap jugak...


    From: Nurul Izzah [ [email protected] ]
    Ikan cencaru bersambal 4
    Resepi ini mak mentua bagi.� Boleh le cuba sebab rasanya sedap

    Bahan-bahannya
    2 ekor Ikan cencaru aiz sederhana atau kecil, belah belakang dan bersihkan perut.
    Basuh dengan limau nipis untuk membuang bau hanyir.
    Sejatkan dan
    lumur garam halus dan kunyit.� Letak sebelah.
    Sambalnya :
    5 biji cili merah
    10 biji cili api
    1 biji bawang besar
    1-2 biji jus limau nipis
    sebesar ibu jari air asam jawa
    sebesar ibu jari belacan
    garam
    gula
    serbuk perasa
    Cara-caranya:-
  • cili dan bawang besar di potong, masukkan dalam blender, masukkan juga belacan, perahkan jus nipis, masukkan air asam jawa.� jangan letak banyak sangat air nanti sambalnya cair sangat.
  • Blend halus, kalau suka blend kasar pun boleh.
  • Keluarkan, letak dalam mangkuk, masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
  • Masukkan sambal di dalam ikan dan goreng garing.� Lebihan sambal digoreng selepas menggoreng ikan, tak perlu kurangkan minyak masak kerana sambal akan lebih sedap kalau minyak gorengan ikan tadi banyak.� kalau suka masukkan bawang besar yang dipotong bulat atau kasar.
  • Hidangkan didalam pinggan berbentuk daun pisang bersama sambal yang diletak di dalam mangkuk kecil.
  • Sedap dimakan pada waktu tengahari lebih-lebih lagi pada hari Sabtu selepas balik dari kerja. Sambal boleh disimpan few days.� Jangan buang kalau tak habis.� Lebih lama disimpan lebih sedap provided kalau di panaskan setiap hari.

    p.s.� Kalau guna lesung tumbuk, lebih sedap lagi

    Selamat mencuba.

    Hosted by www.Geocities.ws

    1