From : [[email protected]]
BAWAL HITAM SWEET & SOUR
Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal itam
1 labu bawang besaq - dipotong bulat.
3 ulas bawang putih
1cm halia
sos tomato - 2 sudu besaq
sos cili - 2 sudu besaq
1 potong nenas
garam secukup rasa
Cara :
ikan tu sianglah dulu kemudian dia basuh seterusnya gaul garam & kunyit
kemudian goreng hingga masak.
minyak goreng ikan tadi tuang kedalam bekas lain, tinggal sedikit dlm kuali tadi save sikit minyak mahal.
tumis bawang besar & putih serta halia.
masukkan sos tomato & cili jika pekat masuk sedikit air.
setelah mendidih masukkan nenas serta garam secukup.
Kemudian masukkan ikan goreng tadi. setelah masak, angkat dan hidangkan.
hias dengan hirisan cili merah, daun bawang.
apa tunggu lagi makanlah...
From: izana ibrahim [[email protected]]
Bawal Sweet Sour
Bahannya
1 ekor ikan bawal
hitam, di bersihkan, di kelar dan di sapu dengan garam dan kunyit serta sedikit cili
powder.
Bahan A
1 sudu makan cili kering yang
telah di kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomoto
Bahan B
1 biji bawang merah di hiris kasar (atau pun di belah 4@6)
1 biji tomoto di hiris kasar (atau pun di belah 4@6)
Bahan C
1 sudu makan gula (disyorkan gula melaka kerana kuah sweet sour ni akan nampak merah dan cantik, serta rasa lebih enak)
1/2 sudu teh stok ikan bilis maggi (jika suka)
1 cawan air
garam secukup rasa
Cara
Deep fry ikan bawal sehingga berwarna kuning keemasan.
Angkat, toskan dan ketepikan.
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali, masukkan bahan A, kacau hingga
separa masak, masukkan bahan C dan biarkan mendidih.
Selepas itu masukan bahan B dan ikan bawal.
Hiaskan pinggan bujur dengan daun salad, dan taburkan dengan daun bawang
dan *coriander leaves
Selama mencuba
*daun ketumbar � �pengkompilasi�