From: "Sabariah Bt [email protected]" [[email protected]]
Masak Asam Ikan johor
Bahan-Bahan:-
(A)
Ikan boleh dipilih (ikan terubuk atau ikan kembong)
1 camcateh garam
1 in kunyit hidup, ditumbuk
(B)
3biji cili merah/cili kering, dibuang biji -
1 inci halia
3 ulas bawang merah dan bawang putih
(kesemua bahan-bahan diatas hendaklah ditumbuk halus)
Belacan (bagi yang suka dan tidak allergi)
(C)
Daun kesum
Asam Jawa
Sedikit gula (mengikut rasa dan kalau mahu)
1 camca teh garam
Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak :
  • Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit yang ditumbuk tadi.
  • Panaskan kuali atau periok (saya suka masak dalam kuali) dengan minyak dan tumiskan bahan-bahan (B) sehingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan ikan dan sedikit air asam biarkan sehingga mendidih, masukkan daun kesum kemudian masukkan garam, gula dan tambah air dan air asam biarkan mendidih diatas api yang perlahan dan setelah masak hidangkanlah.
  • Pasti makan hingga berpeluh...

    cuba lah resepi saya ini dan sekiranya ada cara yang lain pula bolehlah kita tukar-tukar resepi....

    Hosted by www.Geocities.ws

    1