RESTORAN PAK AMIR
EDISI KHAS - NASI AYAM HAINAN ORIGINAL
   
 Cara penyediaan ayam rebus

  • Seekor ayam dibersihkan / basuh dengan air garam sekali lalu secara keseluruhan, jangan dipotong.

  • Masak air dalam periuk besar sehingga didih, sebaik sahaja air sudah masak dan mendidih, masukkan ayam seekor tadi ke dalam periuk dan tutup tudungnya dan padamkan api selama 5 minit.

  • Selepas itu, keluarkan ayam tadi dan masak air itu semula sampai didih, lepas itu masukkan ayam itu sekali lagi ke dalam periuk dan tutup tudungnya, padamkan api terus selama beberapa minit lagi...

  • Proses ini diulang banyak kali sehingga ayam masak. Cara mengetahui ayam itu masak atau tidak ialah dengan cara cucuk garpu atau benda tajam pada bahagian peha ayam, jika tiada darah keluar dan tidak melekat maka ayam itu BETUL-BETUL masak / Just nice....jangan masak lagi nanti over cook dah tidak lagi namanya Nasi Ayam Hainam.
Sememangnya sukar menyediakan juadah ini sebab banyak kerja...nak melayan rebus ayam itu dah lebih sejam mahunya...itu sebab para peniaga tidak mungkin menyediakan nasi ayam mereka dengan cara ini, tetapi hasilnya adalah sangat berlainan. Kulit ayamnya just nice dan sungguh lembuh dan licin....tambahan pula bila dihidang dengan sedikit minyak bijan dilapek dengan beberapa keping timun nipis serta daun salad, maka terduduk diamlah abang-abang perut buncit kat rumah tu selepas pekena dengannya !

 Cara penyediaan nasi
Pak Amir teruskan sedikit penyediaan nasi dan hidangan ayam lagi....hasil rebusan air ayam ( dah jadi sup sekarang ) tadi akan digunakan untuk memasak nasi. As per rempahnya terpulang sebab ada yang menggunakan bawang putih dan halia pelbagai bahan lagi, itu ikut cita rasa masing-masing, yang pasti yang teralu banyak rempah sampai macam jadi nasi minyak sudah. Yang paling simple ialah kuah sup dimasak nasi dan dicampurkan sedikit planta ke dalam nasi tersebut...sebab nak secucuk dengan ayam rebus tadi....masak nasi sampai masak. Kaum melayu masak nasi ayam amat berbeza jika dibandingkan dengan kaum cina masak nasi ayam ( maknanya nasi sahaja ), kaum melayu masak nasi ayam dengan banyak bahan hasilnya nasi itu enak dan kuah rasa, manakala nasi ayam cara kaum cina masak amat simple sebab dia nak pekena dengan ayam rebus tadi...asalkan nasinya gerpu sudah, yang paling penting ayam rebus itu sendiri.
Cara penyediaan sup
Sup yang digunakan untuk masak nasi tadi jangan habiskan, simpan untuk buat sup bila makan bersama nasi, didihkannya dan masukkan sedikit ajinomoto dan daun sup dipotong halus ditaburkan ke atasnya....penggunaan ajinomoto pada hari ini sangat biasa dan terus terang Pak Amir katakan masakan tanpa ajinomoto maka masakan itu tidak akan jadi enak....sedikit pun memadai dan kita tidak perlu segan jika masak menggunakan ajinomoto...we need it actually !

Cara penyediaan Sos Cili   Cara penyediaan Timun Jeruk
  BAHAN - BAHAN

- cili basah -
- halia -
- sedikit bawang putih -

  Sesiapa yang rajin bolehlah sediakan Timun Jeruk, biasanya makanan kategori jeruk tidak baik dimakan kerana boleh mendatangkan barah, ini telah disahkan majority rakyat China yang meninggal dunia akibat sepanjang umur mereka rajin makan bahan jeruk...tak kira jeruk apa sekali pun !

Namun, jeruk timun daripada Pak Amir ini tidak menggunakan bahan cuka, tetapi gantikan dengan limau kasturi atau limau nipis...

  • blender dengan sedikit air dan sebelum hidang masukkan jus limau nipis....powerrrrr....aaaa...cuba dulu tau jangan tengok simple saja yer !!! Bilangan cili basah sama dengan bilangan kandungan halia muda...hasilnya cili ini padat dan tidak cair. Masukkan gula sewaktu blender ikut secukup rasa, lebihkan dua tiga sudu gula tidak mengapa kerana kandungan halia yang banyak tidak mudah terjejas dengan gula...hasilnya masam manis pedas bau halia sebab ada jus limau nipis tadi....sangat menyelerakan walaupun makan nasi ayam dengan cili sos tadi ! Masukkan ke dalam peti sejuk selama dua jam sebelum hidang lagi menyelerakan...

Potong timun kepada 4 bahagian memanjang. setiap bahagian menjadi 1/4 memanjang, buangkan bahagian tengah-tengah dia dan mula potong atau hiris nipis-nipis serong memanjang gituh ( jangan buang kulit timun tu ), selepas selesai menghiris timun tadi ( ikut suka banyak mana nak buat jeruk timun ) lalu basuh dan keringkan seterusnya gaul dengan gula yang banyak sehingga lumat dan rata, kemudian perahkan semua limau tadi sehingga basah, kandungan gula mesti lebih dari kandungan buah limau ikut banyak mana timun yang dihiris tadi....selepas itu masuk ke dalam peti sejuk semalaman atau dua tiga hari...hasilnya cukup menyelerakan. Kalau nak makan cepat rasanya 3 jam sudah boleh tetapi kurang " maut " gituh !

Cara menghidang Nasi Ayam Hainan

Ayam dipotong seperti kedai buat tapi seeloknya asingkan tulang, ianya amat mudah dilakukan. Pakai pisau dan potong tapi JANGAN katuk-katuk macam kedai buat, ingat sebab ayam cara kita sekarang amat lembut dan kalau dikatuk maka buruk kelihatannya nanti...malahan kulit pun tanggal dan tidak kelihatan menarik. Makan ayam rebus style Hainam perlu dimakan bersama kulit ayam itu sendiri....itu nikmat namanya !

Selepas ayam dipotong, ambil piring dan lapik dengan kepingan timun dulu. Timun dipotong senget memanjang dan bukan bulat. Cara potong timun menjejaskan mood " gigit " dan seterusnya tidak sedap dimakan...tidak terlalu nipis yer ! Selepas itu ayam dipotong tadi letak atas timun tadi, di bahagian atas ayam pula ada daun bawang dipotong memanjang lebih kurang 2 inci, dan dari situ daun bawang itu hiris-hiris lagi seperti yang kat hotel buat tu...itu sangat penting, taburlah atas permukaan ayam rebus itu biar banyak tidak apa...akhir sekali siram sesudu dua soya sos ( kicap cair ) dan masukkan beberapa titik minyak bijan ( jangan terlalu banyak nanti muak ).


Emmmmm...siap Nasi Ayam Hainam Original dari Restoran Pak Amir, apa tunggu lagi, mula ler hidangkan sahajalah, jangan malu-malu dengan Pak Amir yer...boleh juga potong cabai burung dengan soya sos dan makan bersama...selepas makan memang terangkat seluruh anggota tubuh badan...Abang-abang kat rumah tu lepas makan jangan cepat nak melepak, cuci pinggan dan mangkuk sup yang besaq tu dulu...haaaaa !!!

Dahhh...Pak Amir dah melilir air liuh dah nih !

Satu lagi resipi-maut di Restoran Pak-Amir.

Sekian, selamat menjamu selera dan selamat dihidangkan untuk berbuka puasa nanti.

- TAMAT -
Sekian, wassalam.
Pak Amir Pak Dollah.
Hosted by www.Geocities.ws

1